web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sertai Politik Bagi Penuhi Impian Arwah Sahabat, Lando Tekad Ubah Tanjung Karang

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2022 9:51PM

Lando (kanan) melawat penduduk yang terjejas akibat ban pecah di sekitar Pekan Tanjong Karang. - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Nekad mahu memenuhi impian arwah sahabatnya, Pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood, Azlan Sani Zawawi ‘terjun’ ke bidang politik untuk membawa perubahan kepada penduduk di Tanjung Karang.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Lando Zawawi adalah antara tiga selebriti yang membuat penampilan sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), bagi mewakili PEJUANG.

Menurut Lando, beliau terpanggil untuk menerima tawaran mewakili PEJUANG selepas hanya parti tersebut bersetuju dengan tiga syarat yang diberikan, iaitu beliau tidak mahu mendaftarkan diri sebagai ahli parti.

“Keduanya, jika berjaya membentuk kerajaan, parti perlu mendukung idea saya bahawa sebarang bentuk kesalahan melibatkan rasuah dengan jumlah lebih RM100,000 perlu dijatuhi hukuman mati.

“Terakhir, jika saya menang, saya bercadang untuk membentuk sidang khas membabitkan semua calon di Tanjung Karang untuk berkongsi idea bagi memaju dan membangunkan Parlimen ini,” katanya kepada Getaran.

Lando Zawawi
Lando Zawawi

Menurut Lando, hanya PEJUANG sahaja yang bersetuju dengan semua syarat ditetapkan tersebut, walaupun beliau terlebih dahulu dirisik beberapa parti lain sejak beberapa bulan lalu.

Beliau berkata, syarat yang ditetapkan itu adalah kerana beliau tidak mahu terikat dengan dasar parti semata-mata, sebaliknya mahukan kebebasan untuk membawa suara penduduk di Tanjung Karang dan rakyat Malaysia lain.

“Saya meletakkan syarat berhubung isu rasuah kerana melihatkan keadaan di sekeliling kita sekarang ini, rasuah sudah amat berleluasa jadi hanya dengan hukuman lebih berat dapat mendatangkan rasa gerun kepada mereka yang terlibat,” tegasnya.

Berkongsi faktor mengapa memilih untuk bertanding di Tanjung Karang, Lando berkata kawasan tersebut bukanlah asing buat dirinya kerana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diasaskan pernah bertapak di situ sebelum ini.

Beliau berkata, sahabat baiknya yang juga wakil Brotherhood di Tanjung Karang, dikenali sebagai Ikram Botak pernah menyuarakan impian untuk melihat kawasan tersebut maju dan membangun seperti lokasi lain di Selangor.

“Bagaimanapun, cita-cita arwah tidak kesampaian namun sebagai sahabat, saya mengambil tanggungjawab ini dan meneruskan impian untuk melakukan perubahan Tanjung Karang.

“Apa yang saya boleh janjikan adalah jika kalah sekalipun dalam PRU-15, saya akan tetap teruskan usaha membangunkan kawasan ini seperti yang diimpikan oleh arwah,” katanya.

Tegas Lando, beliau bukanlah orang yang pandai berpolitik namun berjanji akan memainkan peranan wakil rakyat dengan efektif dalam mencabar sistem sedia ada, supaya lebih berkesan membantu memudahkan kehidupan rakyat di kawasan berkenaan.

“Saya masuk politik bukan untuk melawan parti lain sebaliknya adalah untuk mencabar sistem sedia ada yang tidak dikuatkuasakan secara berkesan.

“Sebagai contoh hari ini, ada kejadian ban pecah di Tanjung Karang, namun apa tindakan daripada penguatkuasa terutamanya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)? Sedangkan MET Malaysia (Jabatan Meteorologi Malaysia) sudah pun mengeluarkan amaran hujan lebat di beberapa kawasan.

“Ini yang kita mahu fokuskan supaya sistem sedia ada dikuatkuasakan dengan lebih efektif dan kehidupan rakyat lebih terjamin,” katanya, yang teguh teguh berpegang kepada visi, ‘permulaan Malaysia yang baik adalah bermula dari Tanjung Karang’. - Getaran, 6 November 2022


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan