web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Ustaz Kazim Tarik Diri Demi Abang, Amanat Ibu

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2022 2:55PM

Kazim Elias - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Penceramah bebas, Datuk Mohammad Kazim Elias menjelaskan tujuannya menarik diri daripada menjadi calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Larut adalah demi kepentingan keluarga.

Dikenali sebagai Ustaz Kazim Elias, 50, beliau mahu mengelak timbulnya masalah susulan abangnya, Datuk Mohd Najmuddin Elias bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kurau mewakili Perikatan Nasional (PN-Bersatu).

“Saya berpegang kepada prinsip tidak bertanding dalam bidang politik jika digandingkan bersama ahli keluarga selain ia juga merupakan amanat arwah ibu,” katanya pada sidang media di Kompleks Darul Barakah, Manjoi di sini hari ini.

Mohammad Kazim berkata pada mulanya beliau telah mengambil keputusan untuk menandatangani watikah sebagai calon BN Parlimen Larut, tanpa mengetahui bahawa Najmuddin turut menandatangani watikah untuk mewakili parti lain.

“Selepas beberapa rundingan dan perbincangan dengan keluarga, saya ambil keputusan untuk tandatangan watikah sebagai wakil BN...tetapi abang saya pun tandatangan satu lagi watikah parti lain tanpa kami ketahui.

“Saya hormati dia dan beri laluan kepadanya,” katanya. DUN Batu Kurau terletak di bawah Parlimen Larut selain DUN Selama dan Kubu Gajah.

Pada 2 November, Mohammad Kazim menarik diri daripada bertanding mewakili BN di Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan digantikan dengan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Larut, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud yang akan bertemu Auzaie Fadzlan Shahidi (Pejuang-Berjasa), Zolkharnain Abidin (PH-AMANAH) dan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-BERSATU). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan