web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Kerangka Besar Untuk Majukan Malaysia, PH Susun Perancangan Terbaik 

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2022 2:18PM

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Usaha memajukan rakyat dan negara diyakini boleh dicapai menerusi perancangan yang telah disusun sebaik mungkin, bagi memastikan ia kekal relevan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setiap perancangan berkenaan diterjemah dalam kerangka besar yang diwujudkan khas untuk merealisasikan visi tersebut.

Menurut beliau, PH memiliki visi besar untuk memperkukuh keupayaan Malaysia di pentas antarabangsa dan pasaran domestik

“PH memiliki kerangka besar dalam memacu Malaysia merintis perjalanan sebagai sebuah negara yang kukuh dari segenap aspek, termasuk ekonomi,” katanya menerusi ceramah di Sungai Kati dekat Manjoi, Perak semalam.

Calon PH di Parlimen Tambun itu berkata, perancangan tersebut meliputi aspek perpaduan dalam kalangan rakyat, pendidikan, perubahan iklim dan kemanusiaan.

“Saya amat berharap penduduk Sungai Kati dapat memberi peluang kepada PH membuktikan keupayaan kami mentadbir negara, dan seterusnya melaksanakan tugas yang terbaik demi rakyat.

“Saya mahu mengajak semua untuk bersama Harapan dan beri peluang kepada Harapan untuk buktikan bahawa kami amat berkeupayaan untuk lakukan yang terbaik demi rakyat dan negara,” serunya.

Penyertaan Anwar selaku calon PH bagi Parlimen Tambun untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) 19 November nanti akan ditentang wakil Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Timbalan Presiden BERSATU itu adalah penyandang kerusi Tambun yang dimenanginya pada PRU-14.

Pada Konvesyen PH di Perak bulan lalu, Anwar memberitahu, perpindahannya ke Parlimen Tambun adalah sebahagian daripada usaha menjadikan Perak sebagai negeri barisan hadapan PH.

Beliau juga mahu memastikan Perak dapat mengekori PH di Selangor dan Pulau Pinang dalam mempertahankan kerusi-kerusi Parlimen di negeri itu.

Kerusi Parlimen Tambun akan menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan calon Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dan Perikatan Nasional (PN). - Getaran, 6 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad