web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Usah Sentuh Isu Agama, Perkauman Ketika Berkempen - KPN

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2022 4:07PM

Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga terhadap sebarang kemungkinan dan menggerakkan 79,953 pegawai dan anggota ke seluruh negara untuk penugasan PRU kali ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diberi amaran supaya tidak menyentuh isu sensitif berkaitan agama, perkauman dan fitnah sepanjang tempoh berkempen.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, tindakan tersebut boleh mencetuskan keadaan tidak senang antara satu sama lain dan mengganggu gugat keamanan negara.

Acryl Sani berkata, sebahagian pemerhati politik menyatakan, proses berkempen dan pengundian PRU-15 akan berjalan dengan sengit disebabkan perkembangan semasa, namun beliau yakin masyarakat kali ini lebih matang serta tahu membezakan yang baik dan buruk.

"Ingin saya tegaskan di sini bahawa pihak polis bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta agensi lain akan melakukan pemantauan setiap masa, dalam memastikan proses berkempen dan pengundian dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

"Semua pihak perlu berkempen dengan mengamalkan etika yang baik, mematuhi peraturan berkempen dan tidak melakukan kekacauan serta provokasi yang boleh menimbulkan ketegangan atau mengganggu-gugat ketenteraman awam," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat proses penamaan calon di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, di sini, hari ini.

Acryl Sani berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga terhadap sebarang kemungkinan dan menggerakkan 79,953 pegawai dan anggota ke seluruh negara untuk penugasan PRU kali ini.

“PDRM juga telah mengaturkan penugasan Op Cantas Khas untuk menjalankan risikan, pemantauan dan mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang cuba melakukan kekacauan. Op Cantas Khas ini adalah bertujuan mengawal tingkah laku dan gerak kerja mana-mana pihak terkait dengan gangsterisme yang cuba mengambil kesempatan ketika PRU-15 ini.

“PDRM juga turut menempatkan pegawai dalam Pasukan Pemantau Kesalahan Pilihan Raya (PP-KPR) bagi memastikan setiap pihak berkempen mengikut garis panduan yang ditetapkan SPR,” katanya. - Getaran, 5 November 2022

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar