web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Takkan Lawan Parti Yang Berjasa Kepada Saya - Noh

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2022 10:23PM

Noh Omar (kiri), bersama Datuk Johari Abdul Ghani di acara Pengumuman Calon Barisan Nasional PRU-15 baru-baru ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANJONG KARANG -  Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar mengesahkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan akan terus memberi sokongan kepada calon yang dipilih UMNO.

“Saya orang parti, takkanlah parti yang berjasa dengan saya, saya mahu lawan pula,” katanya ketika menjawab soalan media, susulan beliau tidak dinamakan sebagai calon untuk mempertahan kerusi Parlimen Tanjong Karang pada pilihan raya umum kali ini.

Semalam, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam satu kenyataan mengumumkan Ketua Wanita UMNO Tanjong Karang Datuk Habibah Mohd Yusof, dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN)  bagi kerusi Parlimen Tanjong Karang.

Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera BN Parlimen Tanjong Karang di sini hari ini, Noh, yang mempertahankan kerusi itu enam penggal sejak 1995 berkata beliau akan turun berkempen bagi memastikan BN menang di Selangor.

“Saya sebagai pengerusi tentulah nak menang di Selangor. Insya-Allah, kita akan cuba yang terbaik,  kalau dalam keadaan tsunami pon Tanjong Karang boleh menang, kali ini dengan keadaan yang lebih baik, saya yakin Tanjong Karang boleh kekalkan kerusi parlimen,” katanya.

“Saya mula-mula menjadi calon pada 1995, saya tidak terfikir mahu menjadi calon, tiba-tiba dapat menjadi calon, siapa sangka? Paling penting keikhlasan dalam perjuangan, jangan sesekali kita bekerja nak kejar jawatan,” katanya yang akan hadir pada penamaan calon di Dewan Dato’ Hormat bagi memberi sokongan esok.

Dalam pada itu, Habibah berkata beliau berterima kasih kepada Noh dan parti, kerana memberi laluan serta peluang kepadanya untuk bertanding pada PRU-15.

“Saya anak didik Tan Sri (Noh), saya pernah bekerja dengan Tan Sri, lebih kurang 10 tahun, banyak pengalaman yang saya timba. Saya tidak mahu terlebih konfiden, tetapi saya yakin dan percaya dengan bantuan serta pertolongan serta tunjuk ajar Tan Sri, kita boleh ulangi kegemilangan yang telah dibuat Tan Sri,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan esok sebagai penamaan calon PRU-15 dan pengundian awal pada 15 November manakala hari pengundian pada 19 November. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Saya Tak Zalimi Sesiapa, Termasuk Pembangkang - Anwar

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Noh Dilarang Adakan Program Di Dewan Menggunakan Namanya Sendiri

3

Politik 3 tahun yang lalu

Pemecatan KJ, Noh Bukan Luar Biasa, Pembersihan Total Perlu Dilakukan - Puad

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Lando Zawawi Akan Terus Berkhidmat Walaupun Tewas

Sorotan

1

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

3

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar