web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sivarasa Minta Penggugurannya Tidak Dipolemik, ‘Saya Alami Masalah Suara, Guna Alat Pertuturan’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2022 2:02PM

Sivarasa Rasiah meminta semua pihak tidak menjadikan perkara itu sebagai polemik, sebaliknya memberi fokus terhadap kempen untuk memastikan PH meraih kemenangan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ketua Cabang Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah mengakui pengguguran namanya sebagai calon kerusi Parlimen kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah disebabkan beliau berdepan masalah kesihatan, seperti dimaklumkan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, beliau yang juga Ketua Biro Undang-Undang PKR meminta semua pihak tidak menjadikan perkara itu sebagai polemik, sebaliknya memberi fokus terhadap kempen untuk memastikan PH meraih kemenangan.

“Saya telah diminta beberapa pihak untuk menjelaskan isu kenapa saya bukan calon Sungai Buloh selepas kenyataan umum yang dikeluarkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan Timbalan Presidennya, Rafizi Ramli.

“Selama tiga bulan yang lalu, saya menghadapi masalah dengan pita suara saya dan menggunakan alat bantuan pertuturan untuk membantu serta melindungi suara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut mantan Ahli Parlimen Sungai Buloh itu, Anwar sudah menyatakan kebimbangannya mengenai masalah kesihatan berkenaan dan bertanya sama ada beliau boleh menguruskan kempen PRU-15.

Jelasnya, beliau mempunyai pandangan berbeza dan menerangkan bahawa memiliki cara tersendiri untuk menguruskan kempen dengan mengambil kira masalah kesihatan dialami itu.

Malah, katanya, sehingga pagi Jumaat lalu, nama beliau kekal sebagai calon Sungai Buloh.

“Kira-kira jam 5 petang hari itu (Jumaat lalu), saya menerima pesanan ringkas daripada DSAI mengatakan bahawa selepas perbincangan lanjut, beliau memutuskan bahawa saya tidak akan menjadi calon.

“DSAI cuba menghubungi sejurus sebelum teks itu, tetapi saya tidak dapat mengangkat panggilan tersebut,” katanya.

Sivarasa berkata, beliau menerima sepenuhnya keputusan ditetapkan Anwar sebagai ketua parti.

“Beliau berhak membuat keputusan muktamad dengan mengambil kira pandangannya mengenai kesihatan saya dan sebarang faktor lain yang difikirkannya relevan,” katanya.

Pada masa sama, Sivarasa berkata, hakikat bahawa Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjadi calon Barisan Nasional (BN) diketahui pihaknya sejak beberapa hari lebih awal dan sudah dimaklum kepada Anwar.

“Saya minta polemik saya tidak menjadi calon dihentikan. Lebih penting fokus kepada kempen untuk PH memenangi Putrajaya,” katanya.

Semalam, Anwar memaklumkan, pengguguran Sivarasa sebagai calon di kerusi Parlimen Sungai Buloh dibuat bagi mengelakkan kemudaratan kepada kemenangan PH di kawasan tersebut. 

Presiden PKR itu berkata, ia kerana Sivarasa mengalami masalah kesihatan yang mungkin memberi kesan kepada PH dalam mempertahankan Parlimen berkenaan.

Bagaimanapun, beliau tidak menyalahkan mana-mana pihak yang mahu Sivarasa kekal bertanding di kawasan berkenaan pada PRU-15.

“Sivarasa itu peguam saya dan kawan baik saya dan telah berkhidmat tiga penggal dan keadaan kesihatan…kita tengok juga ada isu, jadi apabila dia pergi (berkempen) dilihat dengan keuzuran beliau, itu akan mengesankan.

“Jadi saya sudah beri pertimbangan masalah itu dan kita boleh tonjolkan tokoh yang boleh mengalahkan Khairy Jamaluddin,” katanya. – Getaran, 4 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Beberapa Kawasan Di Subang, Sungai Buloh Dilanda Banjir

2

Politik 2 tahun yang lalu

Musa Aman Bukan Bakal Ketua Kami - PH Sabah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Timbalan Pengerusi PKR Sarawak Selamat, Kereta Terbabas Berhampiran Empangan Bakun

4

Politik 2 tahun yang lalu

Kemenangan PRK Pulai, Simpang Jeram Perkembangan Positif Untuk Kerajaan Perpaduan - PM

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

El Nino: Hujan Dijangka Kuramg Dengan Drastik, Risiko Bencana Alam Sekitar Meningkat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar