web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: UMNO Ada Perancangan Dengan PH - Hadi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2022 9:57AM

Abdul Hadi Awang - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR STAR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa UMNO bekerjasama secara rahsia dengan seteru politiknya, Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Penyandang Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian ketika mengumumkan calon Perikatan Nasional (PN) di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah, hanya beberapa hari selepas ulama itu menuduh DAP sebagai penyokong komunis.

Hadi memberitahu, beliau cenderung mempercayai UMNO mempunyai perancangan dengan PH kerana Barisan Nasional (BN) cuba memastikan partinya memenangi lebih banyak kerusi pada PRU-15, berbanding tahun 2018, apabila gabungan itu menang 79 kerusi dan hilang 54 kerusi, jika dibandingkan PRU-13.

Strategi itu katanya, bagi memudahkan kerjasama antara BN dan PH bekerjasama membentuk kerajaan baharu selepas PRU-15.

Sebahagian besar kerusi PRU-15 membabitkan pilihan raya Parlimen apabila beberapa negeri memilih untuk tidak membubarkan DUN mereka untuk pengundian pada 19 November, seperti ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Hanya Perak, Perlis dan Pahang mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas Sabah, Sarawak, Johor dan Melaka melaksanakannya pada tahun lalu dan tahun sebelumnya, manakala Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu membuat keputusan menangguhkannya kerana bimbang musim banjir melanda.

Tanpa memberikan bukti perancangan antara PH dan BN, Hadi mendakwa, ia itu mempunyai objektif untuk membebaskan pemimpin mereka daripada kes mahkamah membabitkan pendakwaan jenayah.

“Saya kini percaya ada langkah untuk ‘mengurangkan’ kemenangan UMNO bagi memberikan PH margin lebih besar kali ini.

“Ini bagi memudahkan rancangan (BN) bergabung dengan PH selepas pilihan raya,” katanya semasa taklimat media.

Hadi berkata demikian bagi mengulas tindakan UMNO menggugurkan pemimpin utama parti itu yang tidak sehaluan dengan kepimpinannya daripada dipilih sebagai calon pada PRU-15.

Antara pemimpin kanan UMNO yang digugurkan termasuk Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Zahidi Zainul Abidin.

Bagaimanapun, Hadi enggan mengulas apabila ditanya sama ada terbuka untuk menerima pemimpin UMNO yang dipecat untuk bertanding atas tiket PAS.

Spekulasi berleluasa di Perlis bahawa Shahidan mungkin bertanding atas tiket PAS apabila beliau muncul untuk pencalonan parti itu pada Sabtu.

“Politik adalah perkara dinamik dan kami mengalu-alukan semua calon yang boleh menang. Perkara boleh berubah tetapi semuanya akan disahkan semasa penamaan calon,” tambahnya. – The Vibes, 3 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran