web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sokong Zahid Sebagai PM Bukan Syarat Pastikan UMNO Dipilih Pengundi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2022 7:07AM

Hishammuddin Hussein - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Hishammuddin Hussein menolak dakwaan bahawa calon UMNO untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diminta untuk menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri.

Ketika mengesahkan kewujudan dokumen itu, beliau berkata, ia tiada kaitan dengan memberi kuasa kepada Zahid untuk membentuk Kabinet sekiranya gabungan tersebut memenangi PRU-15.

“Tidak, tiada apa yang saya baca. Kabinet tidak dibentuk oleh presiden (parti),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri pengumuman calon Barisan Nasional (BN) untuk PRU-15, malam tadi.

“Paling penting bagi kami untuk menang. Jika kita tewas, tidak ada kerajaan (UMNO). Kabinet apa yang perlu dibentuk?” soalnya.

Apabila terus diasak mengenai kandungan SD, dan sama ada ia termasuk syarat Zahid akan menjadi calon Perdana Menteri sekiranya BN menang, Hishammuddin yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong, berkata: “Bukan itu yang saya baca tadi.”

Semalam, The Vibes telah melaporkan sumber mendakwa Zahid mungkin meletakkan dirinya sebagai calon Perdana Menteri. 

Ahmad Zahid (tengah) pada majlis pengumuman Calon Parlimen BN malam tadi. - Gambar oleh Azim Rahman
Ahmad Zahid (tengah) pada majlis pengumuman Calon Parlimen BN malam tadi. - Gambar oleh Azim Rahman

Mereka yang diberi watikah pelantikan calon atau ‘watikah’ untuk bertanding pada PRU-15 juga didakwa diminta menandatangani surat berasingan menyokong Zahid dengan memberi beliau mandat untuk membentuk Kabinet.

“Beliau akan menjelajah negeri ke negeri untuk menyerahkan surat watikah.

“Namun, ada syarat perlu dipenuhi oleh mereka yang dinamakan sebagai calon iaitu menandatangani iaitu sokongan terhadap presiden dan memberikannya mandat untuk menubuhkan kerajaan, jika UMNO dan BN menangi pilihan raya,” kata sumber itu.

Menurut Hishammuddin, pemeteraian dokumen itu berserta penerimaan watikah pilihan raya bertujuan menunjukkan komitmen calon kepada parti.

“Apabila kita dicalonkan, ia datang dengan amanah dan tanggungjawab. Ia bukan sesuatu yang boleh kita manfaatkan untuk faedah kita sendiri.

“Jadi, apa sahaja yang parti minta kita tandatangani, kita (harus ingat) kita mewakili parti,” katanya. - The Vibes, 2 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 18 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 10 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad