web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Abang Johari Sahkan Wan Junaidi Mahu Undur Diri

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2022 4:43PM

Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg mengesahkan penyandang Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berhasrat tidak mahu mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Abang Johari yang juga Premier Sarawak berkata, hasrat untuk mengundur diri daripada kawasan itu adalah atas kerelaan Wan Junaidi kerana beliau ingin melaksanakan perkara lain.

“Wan Junaidi menyatakan mahu mengusahakan bidang lain dan tidak mempertahankan kerusi Santubong atas permintaan beliau sendiri.

“Bagaimanapun saya belum membuat keputusan berhubung perkara tersebut, tetapi beliau sendiri meminta perkara itu, apa yang boleh kita buat lagi,” katanya seperti dilaporkan beberapa akhbar Sarawak hari ini.

 Abang Johari Abang Openg
Abang Johari Abang Openg

Abang Johari berkata, antara faktor lain dinyatakan Wan Junaidi untuk beliau berundur adalah disebabkan sudah lanjut usia.

“Wan Junaidi memberitahu saya bahawa beliau kini berusia 77 tahun dan ingin membuat kerja lain. Tetapi beliau akan tetap menjadi penasihat kita,” ujarnya.

Pada masa sama, Abang Johari enggan mengulas mengenai calon bakal menggantikan Wan Junaidi untuk kerusi terbabit, sekiranya hasrat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu diterima.

Terdahulu, sejak beberapa hari lalu, timbul spekulasi bahawa Wan Junaidi berkemungkinan mengundurkan diri dan tidak mempertahankan kerusi berkenaan.

Namun, Wan Junaidi ketika ditanya media menegaskan, beliau tidak akan membuat sebarang kenyataan berhubung keputusan sama ada bertanding atau sebaliknya di Parlimen itu, malah memaklumkan perkara berkenaan hanya akan diumum Abang Johari.

“Saya sudah tegaskan yang saya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara ini, biarlah Premier kami membuat pengumuman, dia Pengerusi GPS, kami lain berlainan sedikit, kita taat dengan keputusan parti,” katanya

Wan Junaidi adalah antara Ahli Parlimen paling lama berkhidmat di Sarawak, iaitu selama 32 tahun sejak 1990 yang bermula sebagai Ahli Parlimen Batang Lupar.

Beliau kemudian bertukar kawasan dengan penyandang kerusi Parlimen Batang Lupar, Datuk Seri Rohani Abdul Karim ke Parlimen Santubong pada 2004.

Pada PRU-14, Wan Junaidi menang selepas memperoleh 26,379 undian, sekali gus menewaskan Mohamad Fidzuan Zaidi daripada Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti undi sebanyak 19,485. – Getaran, 30 Oktober 2022
 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad