Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PRU-15: Adakah Ahli PKR ‘Bekas Pro Mohamed Azmin’ Disingkirkan Sebagai Calon?

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2022 4:01PM

Beberapa orang dalam dan ahli parti mempersoalkan sama ada permusuhan terhadap Azmin Ali serta keputusan beberapa pemimpin untuk menentang puak Rafizi Ramli pada pemilihan parti baru-baru ini, mempengaruhi proses membuat keputusan ke atas calon PRU-15 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Adakah ini penghujung politik bagi pemimpin PKR yang sebelum ini disangka sehaluan dengan parti pembangkang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali?

Dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) semakin hampir, persoalan serius yang kini diajukan adalah sama ada mereka sengaja diketepikan sebagai calon, walaupun mendapat sokongan padu daripada akar umbi.

‘Kebencian’ tinggi masih wujud dalam kalangan blok PKR terhadap Mohamed Azmin, khususnya mereka yang bersekutu dengan Timbalan Presiden, Rafizi Ramli merangkap Pengarah Pilihan Raya parti itu.

Bercakap kepada The Vibes, beberapa orang dalam dan ahli parti mempersoalkan sama ada permusuhan terhadap Azmin itu serta keputusan beberapa pemimpin untuk menentang puak Rafizi pada pemilihan parti baru-baru ini, mempengaruhi proses membuat keputusan ke atas calon PRU-15.

Mereka menegaskan bahawa terdapat corak sama di beberapa kerusi Parlimen.

Ini berikutan pemimpin yang terkesan mengisytiharkan kesetiaan mereka kepada parti dan kepimpinannya susulan tindakan beberapa tokoh PKR diketuai Mohamed Azmin, meninggalkan parti itu menerusi Langkah Sheraton Februari 2020, kata mereka.

Antara nama disebut ialah mantan Naib Presiden PKR, Tian Chua, penyandang Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, selain penyandang Ahli Parlimen Alor Star, Chan Ming Kai (Alor Star) dan Datuk Ginie Lim Siew Lin (Alor Gajah).

Mohamed Azmin Ali - Gambar Fail Bernama
Mohamed Azmin Ali - Gambar Fail Bernama

Nasib penyandang Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah didakwa berada dalam keadaan ‘belum pasti’, walaupun pengesahan hanya akan diketahui apabila parti itu mengumumkan senarai penuh calonnya pada satu majlis malam ini.

Percubaan untuk mendapatkan maklum balas Rafizi terhadap dakwaan dibangkitkan ahli parti belum berhasil setakat artikel ini diterbitkan.

Sivarasa, iaitu mantan Naib Presiden PKR yang enggan mengulas mengenai pencalonannya sendiri berkata, kebimbangan dibangkitkan ahli parti adalah wajar dan perlu dijawab sama ada Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau orang nombor duanya, Rafizi.

“Melihat kepada bentuk soalan itu, saya rasa perkara ini harus diajukan kepada dua pemimpin tertinggi parti. Saya pasti mereka akan dapat memberi penjelasan munasabah,” katanya kepada The Vibes ketika dihubungi hari ini.

Seorang lagi ahli kanan parti itu yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, jelas terdapat sikap sangat berat sebelah terhadap puak pro-Rafizi dalam pemilihan calon PRU-15.

“Saya masih berharap ada masa untuk parti menyedari perkara terbabit sebelum penghujung hari ini, apabila mereka mengumumkan calon. Ini rayuan saya kepada Anwar. Nampaknya Rafizi mendapat segalanya.

“Bagi saya secara peribadi, saya rasa Mohamed Azmin bukan lagi faktornya, sebaliknya mereka yang kini berkempen bersama (Setiausaha Agung PKR) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Kes sekarang ini lebih kepada individu yang menentang Rafizi dalam pengundian parti,” katanya.

Pemimpin itu berkata, usaha menyingkirkan pemimpin yang mencabar kem Rafizi juga boleh disaksikan dalam kes Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin, yang ‘ditugaskan’ untuk menggalas misi hampir mustahil bagi merampas kerusi Parlimen Bagan Datuk daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Kepimpinan parti harus cuba mengatasi persepsi negatif ini dengan menunjukkan keterangkuman dalam diri calon,” katanya sambil memberi amaran tentang risiko Pakatan Harapan tewas pada PRU-15 jika calon kurang potensi untuk menang dipilih, berbanding kemahuan rakyat.

Rafizi Ramli  - Gambar Fail
Rafizi Ramli - Gambar Fail


Pada undian dalaman PKR lalu, perpecahan antara kem Saifuddin dan Rafizi menyaksikan ia menggugat kestabilan politik, walaupun tidak membawa kepada ketidakharmonian seperti keretakan dalaman yang tercetus ketika Mohamed Azmin masih di dalam parti itu.

Mohamed Azmin kemudian mengetuai beberapa ahli PKR keluar daripada parti itu, termasuk Datuk Zuraida Kamaruddin, Datuk Dr Xavier Jayakumar, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Datuk Seri Saifuddin Abdullah, walaupun ada pemimpin lain yang memilih untuk kekal setia kepada perjuangan parti.

Seperti Sivarasa, Lim juga memberitahu The Vibes bahawa susulan keadaan itu, kebimbangan dibangkitkan penyokong adalah wajar dan memerlukan respon segera daripada pucuk pimpinan.

“Ahli yang dilihat sama ada mengikut Mohamed Azmin atau menentang Rafizi dalam pemilihan parti sebelum ini, kini digugurkan. Jadi, pandangan umum akar umbi ialah punca menyebabkan mereka tidak bertanding adalah kerana faktor ini.

“Saya ingin menegaskan bahawa parti sudah melangkaui hal ini, sebab itu saya mempunyai kepercayaan untuk kekal dalam PKR. Tetapi ini adalah apa yang akar umbi rasakan dan saya fikir parti itu perlu memberi penjelasan. Mereka mempunyai hak untuk tahu,” katanya.

Menurut sumber, Lim juga tidak tersenarai pada PRU-15 dan PKR dikatakan lebih berminat mencalorkan ahli DAP untuk merampas semula kerusi Alor Gajah walaupun Lim sudah banyak turut padang melaksanakan tanggungjawabnya.

DAP bertanding di kerusi itu tiga kali antara 2004 dan 2013, namun kalah, sebelum Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memenanginya pada pilihan raya umum 2018.

Sumber berkata, Rafizi baru-baru ini memaklumkan kumpulan WhatsApp pemimpin bahagian PKR, bahawa kerusi itu tidak pernah menjadi milik parti terbabit dan menggesa ahli Alor Gajah supaya tidak membuat tuntutan lanjut.

Bagaimanapun, ahli bahagian itu kemudiannya mendapati DAP kini sedang berunding dengan Parti Amanah Negara (AMANAH) mengenai kemungkinan menyerahkan kerusi terbabit kepada parti berkenaan sebagai balasan untuk memberikan kawasan lain, selain mempersoalkan sama ada hubungan Lim dengan Mohamed Azmin sebelum ini, menyebabkan PKR tidak mempertimbangkannya untuk berunding.

“Malangnya, inilah yang berlaku. Terdapat sekumpulan pemimpin yang cuba menghapuskan mana-mana bekas penyokong Azmin yang masih berada dalam parti, walaupun mereka tidak lagi bersamanya,” kata sumber itu.

Di Parlimen Petaling Jaya, Maria dikatakan digugurkan bagi digantikan muka baharu, dengan Pengarah Komunikasi PKR, Lee Chean Chun dikatakan antara yang disenarai pendek sebagai pendahulu kerusi itu.

Parti itu juga dikhabarkan akan mengekalkan penyandang Batu, P Prabakaran sebagai calon mereka di kerusi terbabit mendahului Tian Chua, manakala Chan, iaitu penyandang Alor Star mendedahkan bahawa parti berkenaan menggugurkannya. – The Vibes, 28 Oktober 2022

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Pemerasan RM1.25 Juta: Reman 5 Polis Disambung Esok

Semasa 1 hari yang lalu

Cadangan Setiap Pemimpin Jaga Satu Kampung Dibentang Ke Kabinet - PM

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Harap Kerajaan Laksana Cukai Mudarat, Boleh Guna Bangunkan Komuniti Bukan Islam - Edmund

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

oleh Sophia Ahmad