web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wan Azizah Hampir Pasti Tanding Di Bandar Tun Razak, Yakin Menang

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2022 2:19PM

Dr Wan Azizah melahirkan keyakinan bahawa pengundi Bandar Tun Razak akan tetap menyokong PKR walaupun dua penyandang terakhir yang bertanding di bawah tiket parti itu telah berpaling tadah - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hampir pasti diletakkan sebagai calon PKR di Bandar Tun Razak apabila beliau memulakan kempen di kerusi Parlimen itu hari ini menjelang pengumuman rasmi senarai calon parti itu esok.

Dr Wan Azizah yang juga pengerusi lembaga penasihat PKR mengadakan lawatan ringkas di medan selera di sini pagi ini untuk bertemu dengan pengundi sebelum menziarahi beberapa penduduk di Desa Tun Razak.

Bagaimanapun ketika diminta untuk mengesahkan mengenai pencalonannya, beliau berkata, sebarang pengumuman rasmi hanya boleh datang daripada pucuk pimpinan parti.

"Semua persoalan ini harus ditujukan kepada kepimpinan parti bukan saya.

“Nama-nama yang telah diumumkan oleh presiden parti (Datuk Seri Anwar Ibrahim), itu adalah pengetahuan umum. Selebihnya, ini adalah beberapa pertimbangan.

"Kita perlu melihat beberapa faktor untuk memastikan kita memilih calon terbaik, termasuk kebolehmenangan mereka, penerimaan orang ramai dan bahagian,” katanya.

Dr Wan Azizah juga melahirkan keyakinan bahawa pengundi Bandar Tun Razak akan tetap menyokong PKR walaupun dua penyandang terakhir yang bertanding di bawah tiket parti itu telah berpaling tadah.

“Insya-Allah, peluangnya tinggi. Tetapi jika saya, saya tidak fikir saya akan melompat partilah. Awak nak saya lompat ke mana?” katanya dalam nada berseloroh.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, PKR telah mencalonkan Datuk Kamarudin Jaffar yang memenangi kerusi itu dengan majoriti 19,930 undi sebelum beliau berpaling tadah sebagai sebahagian daripada sekumpulan Ahli Parlimen yang keluar parti bersama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Sebelum Kamarudin, mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pernah menyandang kerusi Bandar Tun Razak selama dua penggal.

Beliau bagaimanapun keluar PKR pada 2014 sebelum menyertai PAS pada 2018.

Dr Wan Azizah yang dikhabarkan sejak muktahir ini sebagai calon pilihan PKR untuk Bandar Tun Razak adalah penyandang Parlimen Pandan, kerusi yang akan dikembalikan kepada Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli pada PRU-15.

Mengenai isu berasingan, Dr Wan Azizah berkata, adalah menjadi kebiasaan bagi calon penyandang tertentu digantikan dengan muka baharu pada PRU ketika timbul desas-desus beberapa penyandang wanita akan digugurkan.

Bagaimanapun, beliau berharap walaupun demikian, PKR akan mempertaruhkan sekurang-kurangnya 30 peratus calon wanita, selaras dengan objektif parti.

“Ini (penyandang digugurkan) bukan perkara luar biasa, mereka datang dan pergi. Tetapi kami berharap kuota 30 peratus wanita akan dikekalkan. Kami mahu suara kami didengari di Parlimen.

“(Walaupun ada yang digugurkan), akan ada pengganti di tempat lain. Kita tengok nanti. Tetapi seperti yang saya katakan, terdapat beberapa kriteria yang kita perhatikan dalam calon untuk memastikan kebolehmenangan,” katanya.

Sebelum ini, The Vibes melaporkan beberapa penyandang Parlimen wanita dalam PKR boleh dikorbankan bagi memberi laluan kepada calon lelaki pada PRU-15, sekali gus mencetuskan kebimbangan di kalangan ahli wanita parti itu.

Antara yang dikatakan akan digugurkan termasuk Datin Tan Yee Kew (Wangsa Maju), Jun Leow Hsiad Hui (Hulu Selangor) dan Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya). – The Vibes, 27 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Pembangunan Semula Pangsapuri Di Cheras Babit Lebih 5,000 Unit

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Aksi Romantis PM, Isteri Menyentuh Hati, Buatkan Netizen Mengalir Air Mata

3

Politik 3 tahun yang lalu

PRU-15: Wan Azizah Tak Kisah Berdepan Kamaruddin, Yakin PH Menang Di BTR

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Ibu Kepada Dr Wan Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad