web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jawatan TPM 2 Bukan Tawaran Semberono Tapi Percepat Kemajuan Sabah, Sarawak

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2022 11:03AM

Bandaraya Kuching - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jawatan Timbalan Perdana Menteri 2 (TPM 2) yang dijanjikan Pakatan Harapan (PH) sekiranya gabungan itu dipilih menerajui kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) adalah bagi mempercepatkan kemajuan di Sabah dan Sarawak.

Ketua Pemuda PH, Dr Kelvin Yii Lee Wuen berkata, jawatan itu juga bersesuaian dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 yang diluluskan tahun ini dan memberi taraf sama rata kepada Sabah, Sarawak serta Semenanjung.

Menurutnya, peranan TPM 2 dalam hal tersebut adalah untuk memastikan lebih banyak peruntukan pembangunan disalurkan serta memantau pembangunan terbaik untuk rakyat di kedua-dua negeri itu. 

Dr Kelvin Yii Lee Wuen - Gambar dari Facebook
Dr Kelvin Yii Lee Wuen - Gambar dari Facebook

“Tambahan pula kedudukan Sabah dan Sarawak yang bersempadan dengan wilayah Kalimantan yang bakal dimajukan secara besar-besaran oleh pemerintah negara jiran kerana ibu negara Indonesia yang baharu, Nusantara akan dipindahkan ke sana. 

“Sehubungan itu, seharusnya Sabah dan Sarawak mempunyai infrastruktur berkelas dunia dan boleh menerima limpahan kemakmuran yang bakal dibawa oleh negara kuasa ekonomi kelima terbesar di dunia sebelum tahun 2030,” katanya menerusi satu kenyataan.  

Mengulas lanjut, Kelvin Yii yang juga penyandang kerusi Parlimen Bandar Kuching berkata, jawatan TPM 2 bukan tawaran semberono kepada parti politik di Malaysia Timur untuk membentuk kerajaan Persekutuan. 

“Tetapi ia polisi bagi memakmurkan rakyat Sabah dan Sarawak memperolehi kemajuan yang setara dengan penduduk di Semenanjung,” katanya. 

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini berkata, cadangan sebelum ini supaya dua jawatan TPM diwujudkan akan dikekalkan jika gabungan itu dipilih menerajui kerajaan selepas PRU-15 pada 19 November ini.

Katanya, cadangan berkenaan merangkumi seorang TPM masing-masing dari Semenanjung dan seorang mewakili Sabah atau Sarawak. - Getaran, 27 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 16 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran