web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Azmin Sedia Pertahan Kerusi Parlimen Gombak

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2022 10:22PM

Azmin Ali - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengesahkan beliau bersedia mempertahan kerusi Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, beliau bersedia meneruskan khidmat dan baktinya kepada rakyat di kawasan berkenaan bagi penggal seterusnya.

“Gombak terbuka untuk mana-mana pihak yang ingin menawarkan khidmat dan saya serahkan kepada rakyat Gombak untuk membuat keputusan tepat dan bertanggungjawab.

"...Sekian lama saya berada di Gombak, mereka (pengundi) mengenali saya, mereka mengetahu khidmat dan bakti saya. (Jadi) saya bersedia untuk meneruskan khidmat dan bakti untuk rakyat Gombak,” katanya dalam Temubual 'Apa Khabar Azmin' di Astro Awani malam ini.

Mohamed Azmin merupakan penyandang kerusi Parlimen Gombak sejak tahun 2008 selepas memenanginya atas tiket PKR.

Bagaimanapun, sekiranya mempertahankan kerusi itu pada PRU-15, beliau akan bertanding di bawah logo Perikatan Nasional (PN).

Menerusi temubual sama, Mohamed Azmin dalam nada sinis berkata, beliau ada mendengar sebelum ini bahawa ramai individu berminat bertanding di kerusi Parlimen Gombak, namun kemudian mengumumkan akan bertanding di kawasan lain.

“Dulu saya dengar ramai juga individu berminat untuk bertanding di Gombak dan saya telah menyatakan ini suatu proses demokrasi. Saya meraikan mana-mana individu yang berhasrat bertanding di Gombak.

“Namun saya dengar dia sudah beralih ke tempat lain,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka bertanding di kerusi Parlimen Gombak.

Ia susulan Anwar berhasrat akan bertanding di kerusi pengkhianat.

Bagaimanapun, Khamis lalu, Presiden PKR itu mengesahkan akan bertanding sebagai calon di kerusi Parlimen Tambun.

Keputusan itu menyaksikan mantan Timbalan Perdana Menteri terbabit akan berdepan dengan Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu - Getaran, 25 Oktober 2022
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Gombak Lumpuhkan 2 Sindiket Dadah, Rampasan Bernilai Lebih RM7 Juta

4

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 16 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran