web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bukan Budaya Kita, Ismail Sabri Tolak Cadangan Debat Calon PM

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2022 1:43PM

Ismail Sabri berkata berdebat seumpama itu tidak mendatangkan apa-apa hasil. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ismail Sabri menolak cadangan penganjuran debat melibatkan calon Perdana Menteri daripada ketiga-tiga gabungan politik, sambil menegaskan bahawa ia bukan budaya di negara ini. 

Beliau berkata, langkah berdebat seumpama itu tidak mendatangkan apa-apa hasil dan sekadar platform bagi pendebat terlibat untuk menaburkan janji. 

“(Berdebat) bukan budaya kita, ia tidak mendatangkan apa-apa hasil. 

“Kalau diberikan (peluang) berdebat, dia (pendebat) akan sebut janjinya, bulan bintang akan disebut, jadi tidak perlu (berdebat),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Taklimat Khas Perdana Menteri Sempena PRU-15 dan Monsun Laut 2022 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini. 

Terdahulu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan tiga calon Perdana Menteri, iaitu daripada PH, Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) mengadakan debat secara terbuka sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Anwar berkata, perdebatan tersebut perlu memberi tumpuan kepada soal dasar dan perancangan, bukan berbentuk tuduhan serta dakwaan.

Ismail Sabri menambah, pembentukan kerajaan adalah berdasarkan kepercayaan rakyat, justeru langkah berdebat tidak perlu.

“Saya rasa tak perlu ada debat, kita sibuk di kawasan kita, kawasan masing-masing untuk kempen,” katanya. - Getaran, 25 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Budaya 2 minggu yang lalu

Serpihan Hospital Lama Kuah, Langkawi 'Bernafas' Semula Dalam Karya Seni 

2

Budaya 3 minggu yang lalu

Hidap SMA, Ainaa Buktikan Seni Tiada Batas

3

Budaya 3 minggu yang lalu

Langkawi Jadi Kanvas Terbuka Seni Kontemporari

4

Budaya 1 bulan yang lalu

'Rain Rave' Meriahkan KL Sempena Hari Pekerja, Perkukuh Pelancongan & Ekonomi Tempatan

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad