web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Idris Jusoh Tak Pertahan Kerusi Parlimen Besut, Beri Laluan Pemimpin Muda 

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2022 9:17PM

Idris Jusoh - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyandang kerusi Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan kedudukannya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Jelasnya, keputusan tersebut diambil bagi memberi laluan kepada calon lebih muda, seiring dengan hasrat UMNO untuk meremajakan parti berkenaan.

Menurutnya, beliau optimis masa depan UMNO akan lebih bertenaga dan diminati ramai dengan barisan kepimpinan yang lebih muda.

“Sebenarnya, saya telah buat keputusan untuk tidak bertanding sejak tahun 2013 lagi bagi memberi laluan kepada pimpinan muda meneruskan legasi parti. 

“Ketika itu, saya menyatakan hasrat saya kepada Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung UMNO, namun atas kehendak parti, saya akur dan kekal teruskan khidmat dengan bertanding dalam PRU demi parti dan negara,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Idris berkata, beliau pada tahun yang sama telah melepaskan jawatan Ketua UMNO Bahagian Besut kepada pimpinan baharu sebagai antara perancangan untuk ‘berundur secara beransur-ansur’ dalam arena politik.

Menceritakan pengalamannya di dalam arena politik negara, bekas Menteri Besar Terengganu itu berkata, penglibatannya dalam PRU bermula pada 1995 dan memenangi kerusi Parlimen Besut ketika berusia 40 tahun.

“Penggal seterusnya iaitu dalam PRU 1999, saya tewas di kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri), namun kembali diberi mandat sebagai ADUN Jerteh untuk dua penggal berturut-turut iaitu pada tahun 2004 dan 2008.

“Dua penggal berikutnya pula iaitu 2013 dan 2018, saya kembali bertanding di kerusi Parlimen seterusnya menang sebagai Ahli Parlimen.

“Sekarang saya telah meniti usia 67 tahun. Masa untuk saya memberi laluan telah tiba,” katanya sambil berterima kasih kepada pengundi dan rakyat yang menyokongnya selama bergelar ahli politik.

Pada masa sama, Idris turut berterima kasih kepada UMNO yang tidak jemu memberi kepercayaan kepadanya sehingga hari ini dan mendoakan parti itu terus berjaya.

“Saya juga akan terus bekerja kuat untuk memastikan Barisan Nasional (BN) terus menempa kemenangan cemerlang dalam PRU-15 ini,” katanya. - Getaran, 24 Oktober 2022


 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 15 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran