web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BN Dijangka Letak Calon ‘Heavyweight’, Mas Ermieyari Ikrar Kerja Keras

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2022 5:54PM

Mas Ermieyati Samsudin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dijangka meletakkan calon heavyweight di kerusi Parlimen Masjid Tanah, untuk menentang penyandang, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Serentak dengan itu, beliau yang juga Timbalan Ketua Srikandi BERSATU berikrar untuk bekerja keras demi memastikan kerusi tersebut kekal dalam penguasaan Perikatan Nasional (PN).

“Kita menjangkakan calon heavyweight (dari) BN, jadi saya mesti kerja kuat untuk memberikan penjelasan kepada pengundi mengenai visi dan misi saya jika dipilih semula sebagai Ahli Parlimen,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah kejohanan sepak takraw di Kampung Nelayan Kuala Linggi, dekat Masjid Tanah hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu berkata, maklumat diterima menyatakan BN bakal mencalonkan seorang individu berjawatan tinggi dalam sektor awam, sekali gus menyukarkan PN meraih kemenangan mudah.

“Bukan mudah untuk berhadapan dengan calon sedemikian. Yang penting, saya tetap berusaha gigih untuk memastikan kerusi Parlimen Masjid Tanah milik PN,” katanya.

Mas Ermieyati diumumkan sebagai calon pertama PN bagi kerusi Parlimen oleh Pengerusi gabungan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melancarkan  jentera pilihan raya PN Melaka di Kampung Paya Lebar baru-baru ini.

Beliau yang bertanding di bawah panji BN pada PRU-14 menang dengan majoriti 8,159 undi selepas menewaskan Datuk Dr Sabirin Ja’afar dari PKR dan Nasir Othman (PAS).

Desas-desus menyatakan BN bakal menurunkan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali untuk merampas semula kerusi Masjid Tanah yang kini dipegang BERSATU, susulan pengunduran Mas Ermieyati dari UMNO pada 2018. - Getaran, 24 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Luar Negara 15 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 16 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad