web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PAS Muktamad Keputusan Tanding Lebih 60 Kerusi Parlimen

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Oct 2022 4:08PM

Abdul Hadi Awang menegaskan setakat ini lebih 60 kerusi Parlimen sudah dipastikan menjadi milik PAS. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PAS mengesahkan penyertaan pada lebih 60 kerusi Parlimen di seluruh negara dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang dijadualkan berlangsung 19 November depan.

Mengesahkan perkara itu, Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, setakat ini lebih 60 kerusi Parlimen sudah dipastikan menjadi milik parti itu. 

Bagaimanapun menurutnya, masih terdapat beberapa kerusi Parlimen yang mahu ditandingi parti berkenaan dan sedang dirundinn bersama  komponen lain dalam Perikatan Nasional (PN).

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

“Insya-Allah, PAS akan bertanding lebih daripada 60 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti.

“Saya sentiasa berhubung siang dan malam dengan mereka (kepimpinan PAS). Sehingga kini telah dipersetujui, Insya-Allah PAS sudah dapat bertanding lebih 60 kerusi. Selebihnya, masih lagi dalam perbincangan,” katanya di Facebook hari ini.

Semalam, Abdul Hadi dilaporkan berkata, PAS merancang untuk bertanding di lebih 60 kerusi Parlimen dalam PRU-15 depan.

Bagaimanapun katanya, perkara tersebut masih belum dimuktamadkan dan masih berada di peringkat rundingan bersama komponen lain dalam PN.

"Setiap calon yang dicadangkan oleh cawangan, oleh kawasan, nama mereka dibawa ke Majlis Syura Ulama, dipanggil Pesuruhjaya Negeri (untuk) hadir sama, disebut satu-satu nama ini, bagaimana perangainya, sembahyang atau tidak, (dan) akhlaknya.

“Setiap orang calon ini diluluskan oleh Majlis Syura Ulama,” katanya. - Getaran, 24 Oktober 2022

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad