web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: 'Sedih Jika DAP Gugurkan Calon Berwibawa Seperti Charles, Kasthuri' - Saravanan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2022 7:01PM

M. Saravanan - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAPAH - Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan menggesa DAP menilai semula senarai calonnya susulan spekulasi beberapa pemimpin berwibawa parti itu, akan digugurkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kerana ia boleh menyebabkan kerugian besar untuk Parlimen dan Malaysia.

Beliau turut berharap agar Charles Santiago dan Kasthuri Patto, masing-masing penyandang kerusi Parlimen Klang dan Batu Kawan, dikekalkan.

Kasthuri Patto (kiri) dan Charles Santiago
Kasthuri Patto (kiri) dan Charles Santiago

DAP dikatakan sedang mempertimbang untuk tidak mencalonkan Charles yang menjadi Ahli Parlimen kawasan itu selama tiga penggal untuk mempertaruhkan muka baharu, manakala Kasthuri mengumumkan pada Khamis lalu bahawa beliau berundur atas kerelaan sendiri bagi memberi laluan kepada pemimpin lain selepas memenangi kerusinya dua penggal.

Bercakap kepada The Vibes dalam satu temu bual, Saravanan berkata, biarpun berbeza parti politik, beliau sedih apabila mendengar laporan bahawa kedua-dua pemimpin yang sangat dihormatinya itu, tidak bertanding pada PRU-15.

Saravanan berkata, beliau masih ingat sejak mula menceburi politik secara serius dan dilantik menganggotai Kabinet bermula awal tahun 2000, Charles dan Kasthuri sering ‘membangkitkan hujah sah dan penting dalam Dewan Rakyat yang mulia’.

“Mereka sangat profesional dalam cara menyampaikan (hujah) di Parlimen dan membangkitkan isu khususnya berkaitan kementerian saya (Kementerian Sumber Manusia).

“Sebelum ini saya pernah menjadi Timbalan Menteri di Kementerian Wilayah Persekutuan serta Kementerian Belia dan Sukan, sebelum memegang jawatan Menteri Sumber Manusia kini, dua pemimpin ini yang saya hormati sebagai Ahli Parlimen berwibawa.

“Saya sangat sedih kerana mereka tidak berpeluang (bertanding). Saya masih berharap DAP akan mempertimbangkan semula keputusan ini. Kita perlukan ahli parlimen profesional yang pembentangannya boleh membawa perubahan kepada negara dan rakyat. Saya percaya mereka (DAP) akan mengkaji semula perkara ini,” katanya di ibu pejabat MIC Tapah di sini, semalam.

Mengulas mengenai pertikaian kerusi Parlimen Cameron Highlands yang secara tradisinya menjadi milik MIC sebelum UMNO bertanding di situ pada pemilihan semula 2019, Saravanan berkata, pihaknya bersetuju mengekalkan status quo, memandangkan penyandangnya, Datuk Ramli Mohd Nor masih berpengaruh di sana.

Beliau juga menolak dakwaan bahawa keputusan menyerahkan kerusi itu kepada UMNO untuk PRU-15 adalah disebabkan desakan dan tekanan penyokong Barisan Nasional (BN).

“Walaupun terdapat beberapa perselisihan faham mengenai kerusi tertentu, kami akhirnya menyelesaikannya secara baik.

“Dan ya, walaupun pada fasa awal kita bersetuju kerusi Cameron Highlands hanya dipinjamkan kepada UMNO, kita sedar penyandang Ahli Parlimen itu masih mempunyai pengaruh di kawasan itu.

“Jadi kami memutuskan untuk berpegang kepada ini dan MIC akan diberi kerusi lain,” katanya.

Dalam perkara berasingan, Saravanan berkata, 78 peratus rundingan kerusi dalam kalangan komponen BN sudah dimuktamadkan, dengan baki kerusi diatur beberapa hari lagi.

Ramli memenangi kerusi Cameron Highlands ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) pada Januari 2019, selepas kemenangan calon MIC, Datuk C Sivarraajh di kawasan itu pada 2018 dibatalkan Mahkamah Pilihan Raya atas alasan rasuah pilihan raya.

Ramli yang merupakan Ahli Parlimen Orang Asli pertama, awalnya bertanding sebagai ahli biasa BN, sebelum kemudian menyertai UMNO secara rasmi. – The Vibes, 22 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad