web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Gabungan Politik Enggan Bubar DUN Tamak Kuasa’ - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2022 2:54PM

Ahmad Zahid - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengundi perlu menolak mana-mana gabungan tamak kuasa yang jelas tidak mempedulikan masa depan rakyat dan negara, kecuali kepentingan politik mereka.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia termasuk gabungan yang enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selaras dengan pembubaran Parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tahun ini.

“Gabungan politik tamak kuasa adalah sesuai untuk yang enggan membubarkan DUN dikuasai mereka agar terus kekal mempertahankan kuasa.

“Enggan menyerahkan kembali hak dan mandat rakyat untuk memilih sebuah kerajaan baharu kerana bimbang tidak dapat kekal sebagai kerajaan.

“Sanggup menyebabkan pembaziran untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) secara berasingan, gara-gara khuatir akan kehilangan kuasa,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan dikeluarkan Setiusaha Agung DAP, Anthony Loke bahawa DUN di bawah Pakatan Harapan (PH) tidak akan dibubar serentak dengan Parlimen.

Anthony Loke
Anthony Loke

Terdahulu, Loke yang juga penyandang kerusi Parlimen Seremban memaklumkan, PH sudah menyatakan pendirian jelas mengenai DUN Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang sejak awal.

Justeru, Loke menegaskan, PH tidak boleh dipersalahkan kerana enggan berbuat demikian, sebaliknya ‘menuding jari’ kepada UMNO yang menyebabkan kos tambahan untuk mengadakan PRN berasingan dengan PRU-15.

Ahmad Zahid berkata, naratif dipropaganda musuh ketika ini adalah Barisan Nasional (BN) tamak kuasa apabila meminta PRU-15 diadakan.

Jelasnya, ‘dalil’ baharu yang bertujuan mencipta persepsi jahat terhadap BN itu, terpesong jauh daripada kebenaran mengenai tujuan sesebuah pilihan raya.

“Pertamanya, sesebuah pilihan raya termasuk PRU-15 bermaksud menyerahkan kembali hak dan mandat kepada rakyat untuk memilih sebuah kerajaan baharu.

“PRU, PRK (Pilihan Raya Kecil) dan PRN (Pilihan Raya Negeri) adalah sebuah proses demokrasi melalui peti undi yang boleh disertai mana-mana parti politik atau individu layak,” katanya.

Zahid yang juga mantan Timbalan Perdana Menteri itu berkata, PRU-15 bukan ‘upacara’ menyerahkan kuasa pentadbiran negara kepada BN tanpa ada pertandingan, sebaliknya sebuah proses undian untuk rakyat menentukan.

“Justeru, di manakah yang dikatakan BN tamak kuasa sedangkan yang berlaku pada PRU-15 adalah rakyat diberi mandat dan kuasa sepenuhnya untuk menentukan masa depan negara,” soalnya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga penyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk itu berkata, sekiranya BN tamak kuasa seperti gabungan politik lain, ia boleh tidak membenarkan negeri ditadbirnya tidak membubarkan DUN, namun bukan itu tujuan politik sebenar.

“Alasan risiko ‘banjir besar’ juga sudah tidak lagi relevan sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRU-15 berlangsung sebelum pertengahan November depan.

“Rakyat perlu menolak gabungan tamak kuasa terbabit yang jelas tidak peduli masa depan rakyat dan negara kecuali kepentingan politik mereka,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubar berkuatkuasa semalam selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memberi laluan kepada PRU-15.

Beliau membuat pengumuman itu menerusi perutusan khas secara langsung.

Ismail Sabri berkata, beliau sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong tengah hari kelmarin dan menyembah warkah permintaan kepada baginda mengenai pembubaran Parlimen Ke-14.

“Selaras dengan Perkara 40 (2) (b) dan Perkara 55 (2) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, telah bertindak menurut budi bicara baginda dengan memperkenankan permintaan saya supaya Parlimen Ke-14 dibubarkan pada hari ini, Isnin, 10 Oktober 2022,” katanya.

Menurut Ismail Sabri, penetapan tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian serta urusan lain yang berkaitan adalah tertakluk kepada keputusan SPR.

Katanya, pembubaran berkenaan dilaksanakan bagi menoktahkan suara yang selama ini meratib keabsahan kerajaan, termasuk menggelarnya sebagai ‘kerajaan pintu belakang’ dan ‘kerajaan tebuk atap’.

PRU-15 adalah yang pilihan raya pertama di bawah kepemimpinan Ismail Sabri selepas mengambilalih jawatan Perdana Menteri daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mengangkat sumpah jawatan itu pada 21 Ogos 2021.

Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan menetapkan PRU mesti diadakan dalam tempoh 60 hari, daripada tarikh pembubaran Parlimen. - Getaran, 11 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 4 minggu yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad