web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Surat Menteri PN Kepada Agong Bukan Tindakan ‘Makan Diri Sendiri’ - Peja

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2022 7:00AM

Faizal berkata beliau menghormati keputusan Agong membubarkan Parlimen. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mempertahankan tindakan Perikatan Nasional (PN), menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini, bagi membantah pembubaran Parlimen secepat mungkin.

Bercakap kepada The Vibes, Faizal berkata, walaupun ia adalah keputusan tepat untuk menyuarakan pendapat parti, beliau menghormati keputusan Agong membubarkan Parlimen.

“Kita beri pendapat kepada Yang di-Pertuan Agong dan keputusan sudah dibuat.

“Saya tidak rasa tindakan kami akan makan diri kami semula kerana jika kami mempunyai pendapat, saya fikir ia adalah wajar untuk menyuarakannya.

“Satu-satunya harapan kami ialah kempen PRU-15 kami nanti tidak terjejas kerana cuaca,” kata Faizal ketika ditemui pada Pembentangan Pasukan Le Tour de Langkawi di Hotel Concorde, Shah Alam.

Turut hadir pada majlis itu, mantan Perdana Menteri yang juga penyandang Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Faizal yang juga penyandang Menteri Belia dan Sukan berkata, jentera pilihan raya BERSATU sudah bersedia menghadapi PRU15.

Beliau juga yakin parti itu lebih kuat berikutan sokongan positif daripada rakyat, selain berharap semua parti politik berkempen secara bertanggungjawab agar tidak mengganggu gugat kestabilan negara. - The Vibes, 11 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

MB Terengganu Ketua Pembangkang Baharu

2

Politik 2 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

3

Semasa 3 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

4

Politik 6 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 41 minit yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Sentimen Pengundi Melayu Di Negeri Sembilan, Johor Tak Boleh Dibandingkan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad