web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Poster Palsu! TMJ Nafi Keluarkan Kenyataan Politik

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2022 5:00PM

Tunku Ismail Sultan Ibrahim - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan baginda tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan politik sebagaimana dipaparkan dalam poster yang tular di media sosial.

Baginda bertitah, poster itu mengandungi kenyataan palsu yang disebarkan secara berterusan oleh pihak tidak bertanggungjawab di dalam pelbagai aplikasi media sosial.

“Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) sebelum ini sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran kenyataan palsu ini.

“Segala kenyataan atau laporan berita berkaitan dengan saya ataupun Keluarga Diraja Johor hanya akan dikeluarkan oleh Royal Press Office atau di laman sosial rasmi sahaja,” titah baginda di laman Facebook The Royal Johor, hari ini.

Tunku Ismail bertitah, kenyataan palsu itu sudah beberapa kali disebarkan di dalam media sosial dan masih berterusan sehingga ke hari ini.

“Saya telah menitahkan Royal Press Office untuk membuat laporan polis berhubung perkara itu,” titahnya.

Dalam poster palsu yang tular di media sosial sejak kelmarin itu, Tunku Ismail dipetik bertitah kononnya rakyat perlu menolak UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang selain melabelkan parti itu sebagai sampah. - Getaran, 6 Oktober 2022

 

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Tunku Ismail Setuju Derma Rumput Hibrid Untuk Stadium Nasional

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tunku Ismail Rasmi Festival Perarakan Chingay 2024

3

Semasa 2 tahun yang lalu

TMJ Dilantik Pemangku Sultan Johor Esok

4

Semasa 2 tahun yang lalu

'Padang Ini Perlu Lebih Masa, Akan Terkopak Semasa Perlawanan' - TMJ

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Politik 11 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad