web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dedah Kepada Umum, ‘Jangan Dipendam Terlalu Lama Siasatan Buku Tommy’ - Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2022 3:22PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kabinet diharapkan tidak menutup fakta tertentu berhubung hasil siasatan dilakukan pasukan petugas khas terhadap dakwaan oleh mantan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dalam memoir tulisannya.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kebimbangan itu timbul kerana sebahagian ahli Kabinet kerajaan campuran sedia ada adalah bekas pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Anggota Kabinet terbabit pernah 22 bulan bekerjasama dan ‘bermuafakat’ bersama Tommy, maka dikhuatiri mungkin ada perkara yang bagi mereka wajib diselindungi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Pada masa sama, Ahmad Zahid turut berharap dakwaan bahawa Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun mengesyorkan laporan akhir siasatan itu tidak didedahkan kepada umum, hanya sekadar desas-desus.

Tegasnya, laporan hasil siasatan ke atas memoir Tommy oleh pasukan petugas khas yang ditubuhkan kerajaan wajar didedahkan kepada umum.

“Jangan dipendamkan terlalu lama kerana dibimbangi kontroversi ‘di manakah kertas siasatan kes Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali’ boleh berulang.

“Laporan itu mustahak didedahkan kepada umum kerana rakyat Malaysia perlu mengetahui perihal sebenar membabitkan mantan peguam negara ‘lantikan politik’ tersebut,” katanya.

Malah beliau berkata, laporan itu juga penting kerana ia berpotensi mendedahkan tentang isu pendakwaan terpilih yang berlaku semasa kerajaan PH.

Katanya, ia juga mendedahkan tentang kemungkinan campur tangan urusan kehakiman oleh seorang mantan Perdana Menteri untuk kepentingan politiknya.

“Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Ogos tahun lalu malah meminta supaya kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat pendedahan buku Tommy.

“RCI itu amat penting kerana ia mengundang tanda tanya mengenai campur tangan politik dalam institusi Peguam Negara, kehakiman dan keselamatan,” katanya.

Pada Disember tahun lalu, satu pasukan petugas khas dipersetujui dan ditubuhkan Jemaah Menteri bagi menyiasat dakwaan buku tulisan Tommy bertajuk My Story: Justice in the Wilderness.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pasukan petugas khas yang dipersetujui Jemaah Menteri pada 29 Oktober lalu akan membuat kajian awal berhubung dakwaan dalam buku terbabit.

Menurut Wan Junaidi, pasukan petugas khas itu akan dipengerusikan Penasihat Undang-Undang dan bekas Peguam Besar Sarawak, Datuk Seri Fong Joo Chung selain dianggotai bekas Setiausaha Kerajaan Sabah, Datuk Hashim Paijan serta bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat dan bekas Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Datuk Dr Junaidah Kamaruddin.

Pasukan itu turut dianggotai bekas Hakim dan Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara Datuk Jagjit Singh serta dua peguam, Datuk Shaharudin Ali dan K Balaguru selain wakil daripada kementerian dan jabatan berkepentingan. - Getaran, 29 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 4 minggu yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 8 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 9 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM