web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muhyiddin, Hadi Bertemu, 'Alhamdulillah, Perbincangan 2 Jam Yang Amat Bermakna'

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2022 10:05AM

Dari kiri Dr Ahmad Samsuri, Abdul Hadi, Muhyiddin, Ahmad Faizal dan Dr Radzi bergambar bersama selepas mengadakan pertemuan malam tadi. - Gambar dari Facebook Muhyiddin Yassin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah bertemu dengan Tan Sri Abdul Hadi Awang malam tadi bagi mendapatkan penjelasan Presiden PAS itu mengenai spekulasi parti tersebut dan UMNO mahu menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN).  

Perkara itu didedahkan Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam satu hantaran di Facebook miliknya pagi ini.

Menurut beliau, pertemuan yang berlangsung selama dua jam itu berjalan dengan lancar.

Katanya, selain mendapatkan penjelasan daripada Abdul Hadi, banyak perkara turut dipersetujui kedua-dua pihak terutamanya persediaan PN dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

"Alhamdulillah. Perbincangan selama dua jam malam tadi yang amat bermakna. 

“Banyak perkara dipersetujui untuk memperkukuhkan PN dalam menghadapi PRU-15,” katanya ringkas.

Turut dimuat naik gambar pertemuan Abdul Hadi dengan Muhyiddin yang turut disertai bersama Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersama Naib Presidennya, Datuk Dr Radzi Jidin.

Terdahulu, media melaporkan Muhyiddin berkata ada membaca laporan dakwaan membabitkan Abdul Hadi dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan perlu mengetahui kedudukan sebenar mengenai perkara itu.

“Saya ada membaca berita itu dan saya juga berminat nak tahu apa sebenarnya berlaku. Adakah wujud perbincangan sedemikian?

“Apakah hasil perbincangan itu dan adakah UMNO bersetuju dengan perkara itu dan apakah pendirian PN susulan perbincangan terbabit?,” soalnya pada Sabtu lalu.

Muhyiddin berkata, beliau akan mendapatkan penjelasan itu daripada Abdul Hadi termasuk membincangkan beberapa perkara dan isu lain pada Isnin atau Selasa ini.

Baru-baru ini, media melaporkan Abdul Hadi dikatakan mengadakan pertemuan dengan Ahmad Zahid untuk menghidupkan semula MN bagi mengelakkan pertembungan dua parti itu pada PRU-15.

Laporan itu turut menyebut pertemuan tersebut berlangsung Sabtu lalu dan keputusan perbincangan itu bakal dibawa ke mesyuarat Majlis Tertinggi (MKT) UMNO 30 September ini. – Getaran, 27 September 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 44 minit yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 8 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran