web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerusi PRU14 Milik MIC Kekal Untuk PRU15 - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2022 7:36PM

Ahmad Zahid ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Briged MIC Kebangsaan dan Pameran Pencegahan Jenayah di sini hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesemua kerusi yang pernah ditandingi MIC pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan kekal menjadi milik parti itu untuk ditandingi pada PRU15, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata MIC juga boleh bertanding di kerusi lain, namun perlu berunding terlebih dahulu dengan Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat).

“Tan Sri Vicky (Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran) saya janji, berapa kerusi yang ada dan pernah ditandingi oleh MIC di dalam PRU14 dan pilihan raya lalu, itu memang MIC punya.

“Tan Sri Vicky, kalau mahu lebih pun boleh, itu kena rujuk dengan Tok Mat, saya ulang nak dapat lebih pun boleh tetapi runding dengan Tok Mat.

“Tetapi saya yakin Tok Mat, saya dan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) akan memberi pertimbangan sehabis baik kepada sokongan  MIC kerana kita yakin kebersamaan yang ada dalam parti-parti komponen BN telah diterjemahkan sebaiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Briged MIC Kebangsaan dan Pameran Pencegahan Jenayah di sini hari ini.

Sebelum ini, MIC bercadang untuk bertanding di 12 kerusi Parlimen pada PRU15 dan perkara itu telah diserahkan kepada kepimpinan tertinggi BN untuk dipertimbangkan.

Pada PRU14, MIC bertanding di sembilan kerusi Parlimen iaitu Sungai Siput dan Tapah di Perak; Sungai Buloh, Hulu Selangor, Kapar dan Kota Raja (Selangor); Port Dickson (Negeri Sembilan); Segamat (Johor) dan Cameron Highlands (Pahang). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 4 minggu yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

2

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

3

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

5

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

6

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran