web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wujud Gerakan Sulit UMNO Cuba 'Jodohkan' PN, BN dan GPS 

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2022 9:14PM

Nur Jazlan Mohamed - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Wujud gerakan sulit beberapa individu dari UMNO yang ingin ‘menjodohkan’ Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) selepas Pilihan Raya Umum (PRU-15).

Perkara itu didedahkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang berkata, kumpulan itu cuba melemahkan UMNO dari dalam, dengan harapan dapat mempengaruhi barisan kepimpinan BN agar menerima PN sebagai rakan kerjasama politik di masa depan.

Menurut beliau, beberapa individu terbabit dilihat sanggup menerima ‘katak’ politik dalam kalangan mantan pemimpin UMNO dari BERSATU dan cuba membuat taktik pengambil alihan (reverse takeover) BN.

“Tindakan ‘malaun’ dalam UMNO ini jelas membelakangkan parti di mana gerakan usaha sama merentasi sempadan hingga ke Borneo, dipercayai dilakukan secara gelap dan demi kepentingan kuasa serta peribadi sahaja.

“Mereka juga dikatakan cuba untuk ‘meminang’ GPS supaya menerima projek ‘Trans PN-BN-Borneo’ bagi menubuhkan kerajaan campuran selepas PRU-15, namun dengar ceritanya GPS pun tolak. 

“Mereka (GPS) tak setuju dengan pinangan tak masuk akal kumpulan itu sebab GPS lebih cerdik serta tahu usaha sama pintu belakang ini tetap tak membantu tertubuhnya sebuah kerajaan stabil,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. 

 

PROJEK USAHA SAMA 'TRANS PN-BN-BORNEO' - Sempena Hari Malaysia kali ini, saya nak kongsi khabar yang saya baru dengar,...

Posted by Nur Jazlan Mohamed on Thursday, September 15, 2022

Mengulas lanjut, Nur Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai berkata, GPS sedar sekiranya UMNO berpecah dan berbalah, BN tidak akan wujud lagi.

“Pemimpin dalam GPS pun sudah tahu sejarah kegemilangan BN sejak lebih 60 tahun lalu. Mungkin nasib MCA dan MIC akan ke laut tanpa UMNO dalam BN.

“Saya rasa orang Sarawak sudah cukup bersyukur dapat projek Highway Trans Borneo hasil usaha Bossku (Datuk Seri Najib Razak) ketika beliau menjadi Perdana Menteri,” katanya. 

Lantaran itu, Nur Jazlan yakin pelbagai pihak, khususnya rakyat di Sarawak tidak memerlukan jaringan politik Trans PN-BN-Borneo disebabkan mereka sudah selesa di bawah pentadbiran GPS selama ini.

“Bagi sesetengah ‘malaun’ dalam PAS dan UMNO, mereka sanggup mengkhianati perjuangan parti sendiri kerana mahu mengekalkan kedudukan, jawatan dan pangkat di Putrajaya sebab mereka sedar sekarang ini kedudukan mereka cukup rapuh.

“Sebab itulah mereka sedaya upaya mahu menjodohkan dan menikahkan PN serta BN dalam satu perkahwinan mutaah politik demi kepentingan sendiri. Mereka tahu usaha ikut pintu depan ditentang majoriti pemimpin dan ahli akar umbi UMNO,” katanya. 

Dalam pada itu, mengulas tindakan PAS menganjurkan solat hajat bagi membuka hati pihak yang tidak mahu perpaduan ummah diadakan, Nur Jazlan berkata, itulah sifat azali parti berkenaan apabila mereka terdesak dan tersepit. 

Menurut beliau, inilah polemik politik cuba diwujudkan PAS dengan ‘menunggang’ agama untuk meraih sokongan dan menyerlahkan kononnya mereka warak serta menjunjung Islam.

“Selama lebih dua tahun duduk senang lenang dalam kerajaan PN, mengapa mereka tak sibuk buat solat hajat ketika itu untuk minta dibukakan pintu hati orang UMNO sokong mereka. Saya lupa, masa itu pemimpin PAS seronok. 

“Mereka leka mengecapi kemewahan duniawi di kerusi empuk dan bilik berhawa dingin di Putrajaya. Mereka selesa sebab ketika itu BERSATU tengah hebat dan gagah. Jadi mereka tak perlukan UMNO. Tapi bila sudah tiba hari penentuan nasib PRU-15 yang di tangan rakyat barulah PAS nak ingat dekat UMNO,” katanya. - Getaran, 16 September 2022.

Sorotan

1

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

2

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

3

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

5

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

6

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95