Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


UMNO Jawab PAS: Calon Itu Menang Pun Atas Tiket Dan Titik Peluh UMNO

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Sep 2022 8:51PM

Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO sememangnya mahukan semua kerusi yang terlebih dahulu dimenangi parti tersebut, sebelum penyandangnya beralih haluan dengan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Ketua Penerangannya, Shahril Hamdan berkata, UMNO terlebih dahulu memenangi kerusi terbabit, justeru, penyandang sebenarnya ialah parti itu dan Barisan Nasional (BN).

Beliau menegaskan, perkara tersebut merupakan antara banyak sebab kenapa parti Melayu berkenaan tidak berpakat dengan Perikatan Nasional (PN).

"Tuntutan PN antara lain mensyaratkan bahawa sesiapa yang melompat harus dihormati sebagai penyandang dan tidak diganggu.

"UMNO tak boleh terima kerana calon itu menang pun atas tiket dan titik peluh UMNO keseluruhannya, bukan tubuh badan individu semata-mata," katanya hari ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

"Kalau kita pakat, kerusi tu nak bagi siapa? Tentu yang incumbent seat (penyandang kerusi) itu akan kekal pada dia. UMNO nak balik. Tapi kita kata incumbent BERSATU, jadi kita kekalkan BERSATU," kata Timbalan Presiden PAS tersebut.

 

RESPON KEPADA BEBERAPA UNGKAPAN YB Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man. Beberapa ungkapan dari Timbalan Presiden PAS dalam satu wawancara baru-baru ini 1. "Pemimpin UMNO bukan ego tapi kerusi" Pertama, terima kasih kerana tidak melemparkan dakwaan ego terhadap UMNO. Sekurang-kurangnya Timbalan Presiden PAS lebih berhemah daripada sesetengah pemimpin PAS lain yang melemparkan kata-kata kasar terhadap UMNO sebelum ini. Kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju tanpa mengata-ngata orang lain. Ini saya hormat dan cuba ikut. Cuma, memang UMNO mahu menang kerusi. Sama seperti PAS, PPBM, PKR, DAP, Amanah, MUDA atau mana-mana parti pun. Semua mahu bersaing menang kerusi dalam pilihanraya. Jadi ini bukan poin negatif atau positif. Ia memang lumrah. Jika semua hendak sesuatu kerusi itu, kita serahlah kepada rakyat nanti. 2. "Mereka ini dulu kalah dalam pilihanraya..." (merujuk kepada suara dalam UMNO yang tidak boleh terima kerjasama dengan PPBM) Bukan hanya mereka yang kalah sahaja tidak boleh terima kerjasama dengan PPBM untuk PRU15. Pendirian tersebut sudah menjadi keputusan parti yang disuarakan di PAU. Dan ahli-ahli akar umbi yang majoriti besarnya tidak terfikir pun untuk menjadi YB juga menolak kerjasama agihan kerusi dengan PPBM. 3. "Kalau kita pakat, kerusi tu nak bagi siapa? Tentu yang incumbent seat tu akan kekal pada dia. UMNO nak balik. Tapi kita kata incumbent BERSATU, jadi kita kekalkan BERSATU.." Sekali lagi Tuan Ibrahim betul. Memang UMNO nak kerusi-kerusi yang dimenangi kemudian penyandangnya melompat ke PPBM. Sebab yang menang di situ atas tiket UMNO. Jadi sebenarnya incumbent di situ ialah UMNO/BN. Antara banyak sebab kenapa kami tak berpakat dengan PN ialah perkara ini. Kerana "demand" PN itu merangkumi suatu tuntutan bahawa sesiapa yang melompat harus dihormati sebagai incumbent dan tidak diganggu. UMNO tak boleh terima kerana calon itu menang pun atas tiket dan titik peluh UMNO keseluruhannya, bukan tubuh badan individu semata-mata. Sebenarnya jika formula Tuan Ibrahim digunapakai, kenapa PAS letak calon melawan "incumbent" AMANAH di PRU14? Contohnya di Pokok Sena, Parit Buntar, Shah Alam, Sepang. PRU13 YB Mahfuz Omar menang di Pokok Sena atas tiket PAS. YB Dr Mujahid Yusof Rawa menang di Parit Buntar atas tiket PAS. Sama juga YB Khalid Samad dan YB Hanipa Maidin. Kemudian 2015 mereka keluar parti masuk AMANAH. Lalu "dilanggar" juga oleh PAS semasa PRU14 2018 di tempat sama. Tiada siapa yang tuduh PAS penting diri atau penting kuasa. Atau cuba memaksa PAS beri laluan demi "kemaslahatan" lebih besar dan sebagainya. Samalah untuk kes UMNO dan PPBM. 4. "Patut kita melihat kerangka besar" Kerangka besar juga merangkumi parti-parti lain. Tapi PAS tak pernah bercakap hendak kerjasama dengan AMANAH untuk pilihanraya. Mereka juga ada peranan dalam kerangka besar itu (kalau ikut logik kerangka besar). Sama-lah kami tak akan bercakap kerjasama dengan PPBM. 5. "Kita tak usah berebut jawatan, kita fokus rakyat" Setuju. Tiada perebutan jawatan pun. Kecuali yang mendesak untuk TPM dan sebagainya. Cuma, masa pilihanraya memang kena bersaing untuk mandat rakyat. Sesiapa yang menang nanti kenalah teruskan tanggungjawab kepada rakyat, insyaAllah. #SambungYangTergendala

Posted by Shahril Hamdan on Monday, September 12, 2022

Shahril turut melontarkan persoalan kepada Tuan Ibrahim, mengapa PAS meletakkan calon melawan penyandang dari Parti Amanah Negara (AMANAH) pada PRU14.

Beliau mengambil contoh kerusi Parlimen Pokok Sena, Parit Buntar, Shah Alam dan Sepang.

"Pada PRU13, (Datuk) Mahfuz Omar menang di Pokok Sena atas tiket PAS. (Datuk Seri) Dr Mujahid Yusof menang di Parit Buntar atas tiket PAS. Sama juga Khalid Samad dan Mohamed Hanipa Maidin.

"Kemudian 2015, mereka keluar parti masuk AMANAH. Lalu 'dilanggar' juga oleh PAS semasa PRU14 pada 2018 di tempat sama. Tiada siapa yang tuduh PAS penting diri atau penting kuasa. Atau cuba memaksa PAS beri laluan demi 'kemaslahatan' lebih besar dan sebagainya.

"Samalah untuk kes UMNO dan BERSATU," katanya. - Getaran, 12 September 2022

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

Semasa 13 jam yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Nenek Meninggal Dunia Ditimpa Pokok Kekabu

oleh Rafisqi Radhi