web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Bakal Ketuai Kempen PRU15 Pakatan Harapan

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2021 4:53PM

Pemukiman pemimpin PH diadakan di Port Dickson, Negeri Sembilan selama dua hari mulai semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) memutuskan Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sekali gus diangkat sebagai calon Perdana Menteri Malaysia.

Keputusan itu diputuskan hasil pemukiman pemimpin PH yang berlangsung di Port Dickson, Negeri Sembilan selama dua hari bermula semalam.

Ketetapan Port Dickson menggariskan tujuh keputusan yang dicapai, antaranya mengambil pendirian terbuka untuk berunding serta bekerjasama dengan mana-mana pihak, berdasarkan Prinsip dan Agenda Reformasi demi kepentingan rakyat.

Ketetapan itu turut mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk segera menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar memanggil sidang Parlimen dan serentak dengan itu, menamatkan darurat.

"Kami mengulangi ikrar, tekad dan iltizam untuk terus memperkukuh Pakatan Harapan dalam mendepani PRU15 dan seterusnya memaparkan upaya untuk mentadbir dan memerintah negara dengan amanah, demokratik dan adil.

"Kami mengiktiraf potensi dan kepentingan wilayah Sabah dan Sarawak sebagai enjin pertumbuhan ekonomi yang baharu dalam memacu pembangunan negara, dengan jaminan pengagihan sumber yang lebih saksama, seiring dengan sinergi pembangunan ibu kota baharu Indonesia di Kalimantan.

"Kami akan menggerakkan semua wakil rakyat dan pimpinan negeri untuk memerah seluruh potensi dan keupayaan bagi menangani isu-isu dasar berkait pemulihan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Kami juga akan meneruskan proses libat urus bersama semua pemegang taruh untuk membentuk manifesto Pakatan Harapan," katanya seperti termaktub dalam Ketetapan Port Dickson.

Selain itu, PH akan memulakan siri jelajah ke negeri-negeri untuk memberikan penerangan kepada rakyat berkait pendirian dan tawaran Pakatan Harapan menyentuh isu ekonomi rakyat, kestabilan politik dan krisis pandemik COVID-19.

Ketetapan Port Dickson diwujudkan hasil menginsafi senario, bahawa pandemik COVID-19 telah mendatangkan impak yang cukup mendalam kepada rakyat, ekonomi dan negara, selain mengambil kira semua dasar kerajaan Perikatan Nasional yang jelas gagal menangani sepenuhnya keadaan itu. - Getaran, 9 April 2021.

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 42 minit yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Luar Negara 48 minit yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran