web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ada Parti Upah 'Cybertrooper' Hasut Rakyat Benci UMNO - Zahid Hamidi

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2021 11:16AM

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebuah parti politik yang bernaung dikesan menggaji cybertrooper untuk menghasut rakyat agar membenci UMNO.

Mengecam keras perbuatan itu, presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha parti berkenaan yang sanggup melabur ribuan ringgit sebulan di laman sesawang carian kerja, Jobstreet, masih berjalan.

“Walaupun UMNO hanya membentuk kerajaan dan tiada kuasa pemerintahan mutlak, mereka masih melakukan perkara sama. Kerana apa, tidak mahu kita bangkit, mahu melemahkan kita dan mahu terus memastikan rakyat membenci kita.

“Sedangkan (mereka tidak tahu) rakyat sudah menilai pengorbanan dan sumbangan BN pada agama, bangsa dan tanah air. Mereka menilai kepimpinan 22 bulan dan setahun,” kata Zahid dalam satu hantaran di Facebook.

Pada 4 Disember 2019, sebuah portal melaporkan DAP mengakui ada mengiklankan jawatan kosong sebagai 'penulis media sosial' menerusi JobStreet dengan tawaran gaji RM5,000 sebulan, sehari selepas bekas perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa parti itu mahu merekrut askar siber.

“Kami menafikan dakwaan kononnya kami ingin mengambil 100 askar siber, tetapi kami hanya menawarkan pekerjaan kepada 2 hingga 5 orang sebagai ‘penulis media sosial’,” kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua pada satu sidang media ketika itu.

Zahid yang juga merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut menyeru ahli UMNO untuk tangkas membidas dakyah-dakyah negatif yang dilemparkan kepada parti itu dalam media sosial.

“Gerakkanlah media sosial kita. Pada masa ini hanya kesetiaan dan keikhlasan boleh dituntut. Kita perlu mara menangkis tohmahan dan fitnah.

“Jika kita tidak menangkisnya, persepektif negatif akan terus dimainkan pihak lawan untuk menahan UMNO daripada bangkit,” tegas Zahid.

Dalam hantarannya, Zahid juga menyelitkan satu penafian tersirat berkenaan kontroversi penyebaran audio rakaman yang didakwa membabitkan beliau dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu perbincangan percaturan politik.

“Dunia digital hari ini semuanya boleh dibuat-buat. Video, foto dan panggilan suara boleh direka kerana sudah ada aplikasi.

“Apa yang saya minta adalah tangkis tohmahan dengan fakta yang tepat dan bukannya menabur fitnah. Kepimpinan UMNO tidak seperti mereka,” bidas Zahid. – Getaran, 9 April 2021.

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Semasa 16 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish