web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PAS, UMNO Digesa Selesai Isu MN Secara Matang, Ikut Kehendak Akar Umbi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2022 5:25PM

Mohd Khairuddin berkata meskipun UMNO memutuskan untuk bergerak sendiri namun PAS harus berusaha memulihkan keadaan, sebagaimana yang dikehendaki peringkat akar umbi. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rundingan antara PAS dan UMNO mengenai Muafakat Nasional (MN) masih lagi boleh diusahakan dengan cara politik matang dan harmoni meskipun hubungan kedua-duanya agak tegang ketika ini.

Mantan Setiausaha Agung PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, walaupun UMNO sudah memutuskan untuk bergerak sendiri, PAS seharusnya berusaha memulihkan keadaan itu sebagaimana dikehendaki peringkat akar umbi.

Katanya, suara mahukan kesatuan serta perpaduan antara PAS dan UMNO sebagai strategi untuk menang bersama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) turut jelas kedengaran pada Muktamar PAS yang berlangsung di Alor Setar, Kedah, baru-baru ini.

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali - Gambar fail
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali - Gambar fail

“Itulah suara akar umbi dan ahli bawahan. Itulah permintaan ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Melaka dan Johor. Namun agak terlewat di saat UMNO membuat keputusan untuk bergerak sendiri setelah pelbagai insiden serang menyerang antara pimpinan tertinggi berlaku sebelum ini.

“Malah jemputan ke Muktamar PAS dan rundingan tanpa melibatkan Presiden UMNO juga menjadi isu. Meskipun begitu, eloklah terlewat daripada tiada langsung. Usah mengalah kerana ialah adalah hasrat ahli bawahan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan parti itu tidak pernah mengisytiharkan pembubaran MN sehingga kini, begitu juga UMNO.

Jelasnya, platform penyatuan ummah itu perlu diteruskan demi kepentingan bangsa Melayu dan Islam serta masa depan negara.

"Perundingan kita melihat muafakat dalam kerangkan MN. Saya ingin tegaskan MN belum dibubar. UMNO tidak isytihar bubar, PAS pun tidak isytihar bubar.

"Kita perlu mengekalkan platform ini kerana kepentingan Islam dan Melayu serta masa depan negara.

"MN juga boleh menjadi medium dalam perbincangan mengenai isu-isu lain selain politik. Kalau pun bukan dalam konteks politik, ada banyak lagi isu-isu yang perlu dilihat bersama, jadi platform itu perlu ada," katanya.

Malah usul penyatuan parti politik dan pertubuhan Melayu-Islam pada PRU15 termasuk meneruskan kerjasama dengan UMNO menerusi MN yang dikemukakan Dewan Ulama PAS Pusat turut diluluskan dalam muktamar tersebut.

Dalam pada itu, Mohd Khairuddin turut menasihati semua pihak agar menjaga tutur kata, mengelak prasangka dan membina jambatan kasih antara kedua-dua parti menjelang ulang tahun ketiga MN pada 14 September ini.

“Masih ada masa. Kepada yang cintakan muafakat ini, marilah kita kongsikan gambar serta logo nostalgia MN. Usah malu berkempen untuk muafakat umat,” katanya. - Getaran, 6 September 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 5 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad