web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PAS Sudah Tidak Kuat Seperti Zaman Nik Aziz, Sekarang Memang Cacamarba

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2022 4:50PM

Nur Jazlan Mohamed - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PAS perlu menerima hakikat bahawa parti itu sudah tidak lagi kuat seperti ketika zaman pimpinan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, parti itu yang dipimpin Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang ketika ini sememangnya haru-biru dan cacamarba.

Malah katanya, PAS juga bukan lagi ‘king maker’ yang hebat tetapi sudah menjadi ‘janda’ tak laku yang kini sibuk mencari pasangan baharu untuk dipergunakan.

“PAS dulu memang jauh berbeza dengan PAS sekarang. Sejak Hadi jadi Presiden PAS, parti itu jadi cacamarba sebab pemimpin mereka sibuk membodek dan kejar harta duniawi.

“Saya percaya ahli akar umbi pun sekarang makin pening dengan sikap pemimpin atasan mereka dalam isu Muafakat Nasional (MN) ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Nur Jazlan yang juga mantan Ahli Parlimen Pulai itu turut menyindir pemimpin PAS kerana masih mahu meneruskan platform penyatuan ummah tersebut.

“Yalah, UMNO dah move on dan nak bertanding secara solo pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti, tapi pemimpin mereka masih nak try lagi dengan MN.

“Sampai orang bawah tak tahu dah mana hala tuju PAS. Adakah hanya nak terus bersama PN saja atau masih nak kejar UMNO dan MN?

“Dah banyak kenyataan dan penegasan diberikan pemimpin UMNO yang dah tutup pintu MN, tapi tak tahulah pemimpin PAS ni tak faham atau buat-buat tak faham. Atau mereka buat pekak badak saja!” katanya.

Tegas beliau lagi, isu berkaitan MN perlu ditamatkan kerana PAS hanya menggunakan dalil al-Quran untuk menghalalkan cita-cita politik mereka termasuk dalam soal kerjasama kedua-dua parti itu.

“Seperti yang diucapkan Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin beberapa hari lalu bahawa penyatuan ummah ini adalah perintah tuhan. Sebab itulah PAS, Bersatu dan UMNO perlu kembali bersama membentuk gabungan atas nama kepentingan agama.

“Apa yang saya hairan kenapa perintah Tuhan yang disebut Mursyidul Am itu hanya libatkan tiga parti itu saja? Bukankah pemimpin dan ahli Parti Amanah Negara (AMANAH) juga orang Islam?

“Bukankah orang Melayu dalam PKR juga orang Islam? Kenapa mereka tak termasuk dan diajak bersatu atas nama dalil perintah Tuhan yang PAS sebut itu?” soalnya.

Dalam pada itu, Nur Jazlan turut mempersoalkan kenyataan Hashim bahawa kedua-dua parti hendaklah merujuk al-Quran dan sunnah bagi memastikan penyatuan ummah dikekalkan tanpa sebarang perpecahan yang merugikan Islam.

“Wah, bila kena atas puak dia, terus suruh rujuk al-Quran, tapi bila bab dia khianat UMNO, dia main banyak pasangan dan mengamuk serta sokong Muhyiddin sebab nak kejar jawatan atau pangkat, tak ada pula ulama PAS ini keluarkan dalil al-Quran dan hadis.

“Jadi timbul persoalan betul ke dalil itu atas nama penyatuan ummah atau PAS sekali lagi menunggang dan memanipulasi agama demi kepentingan politik mereka?” soalnya.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Pulai itu, UMNO tidak akan mudah terpedaya dengan pujuk rayu PAS dan permainan licik Muhyiddin kerana pernah khianati parti yang mengangkat beliau sebagai pemimpin besar sebelum ini.

“Sebaliknya, UMNO pula beri kata dua kepada PAS; pilih bersama UMNO tapi putus dengan Perikatan Nasional (PN) atau teruskan hubungan bersama PN tapi tinggalkan UMNO.

“Mula-mula PAS yakin, putus hubungan dengan UMNO pun tak apalah, asalkan mereka masih dapat duduk di kerusi empuk di Putrajaya dan makan angin sebagai duta khas di pantai timur.

“Tapi lama-lama PAS rasakan pasangannya dalam PN iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) rupanya tak sebaik yang disangka dan banyak tipu helah digunakan untuk memperkudakan mereka,” katanya.

Sementara itu, beliau mendakwa Abdul Hadi sudah menyedari bahawa Muhyiddin hanya pandai membeli jiwa dan bercakap besar tetapi hakikatnya beliau cukup lemah sehingga terpaksa letak jawatan sebagai perdana menteri selepas gagal memimpin negara dan PN.

“PAS bersama PN gagal dalam dua Pilihan Raya Negeri (PRN), malah prestasi mereka lebih teruk berbanding PRU14. PAS yang sudah sedar BERSATU tidak lagi kuat mula rasa tersepit dan mencongak nasib mereka pada PRU15 nanti.

“Dan sudah menjadi ‘peel’ buruk PAS sejak dulu, bila saja mereka mula terdesak dan hilang punca, PAS akan jaja semula cerita perpaduan ummah.

“Mengajak orang Melayu Islam bersatu kembali atas nama bangsa dan agama,” katanya. - Getaran, 4 September 2022

 

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad