web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


“Jangan Angkuh…Jika UMNO Tak Sokong, Kamu Pun Tidak Jadi Menteri”

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2022 8:00PM

UMNO mengingatkan PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bahawa mereka tidak akan menjadi kerajaan sebagaimana hari ini tanpa sokongan parti itu. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO mengingatkan PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bahawa mereka tidak akan menjadi kerajaan sebagaimana hari ini tanpa sokongan parti itu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil berkata, parti itu sebenarnya mahu Parlimen dibubarkan selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun katanya, PAS ingin mengangkat Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengemudi negara pada ketika itu.

“Apabila tidak boleh bubar sebab COVID-19, maka baru kami sokong untuk membentuk kerajaan. Jika kami tidak sokong, kamu pun tidak jadi menteri,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ucapan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-16 di Alor Setar, Kedah berkata, keberadaan UMNO kembali menjadi kerajaan hari ini selepas kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) juga hasil pengorbanan BERSATU yang meninggalkan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, PAS tidak boleh mengetepikan BERSATU selepas pengorbanan pemimpin parti itu yang keluar PH, sehingga menyebabkan kerajaan baharu terbentuk pada Mac 2020.

Malah beliau berkata, PAS akan ‘berkawan di waktu susah dan senang, dalam situasi gawat atau senang’ bersama parti yang membentuk kerajaan selepas PH tumbang.

Susulan itu, Isham menyifatkan kenyataan tersebut sebagai songsang dan mendakwa Muhyiddin menarik diri daripada PH kerana menjangkakan BERSATU akan kalah pada pilihan raya jika tidak berbuat demikian.

Beliau mendakwa Muhyiddin takut kehilangan kuasa dan bukannya ikhlas ingin membentuk kerjasama dengan UMNO.

“Beliau sendiri kata UMNO sudah masuk longkang. Beliau jumpa Dr Mahathir untuk berbuat sesuatu selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai yang mana BERSATU kalah teruk.

“Selepas itu beliau dan Dr Mahathir buat Langkah Sheraton dan khianat kawan sendiri. Beliau sendiri mengaku berkenaan hal ini dalam ucapannya di PRN Melaka tahun lepas. Bukankah kamu pun ada di sana masa itu?” soalnya.

Jelas Isham, Muhyiddin juga pernah mengugut untuk menarik sokongan kerana beliau ada menyatakan UMNO boleh menjadi kerajaan kerana BERSATU.

“Oleh itu jika kamu begitu berkuasa dan tidak suka UMNO, mengapa tidak tarik lagi sokongan? Takut hilang jawatan dan kalah pilihan raya?

“Sudahlah kamu bekerjasama dengan pengkhianat, usah pula paksa orang lain untuk terima pengkhianat. Dan janganlah angkuh sangat. Islam tidak ajar untuk jadi angkuh,” katanya. - Getaran, 2 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

2

Politik 3 minggu yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

3

Politik 4 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

4

Politik 7 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad