Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Rasuah Berleluasa, Tubuh Gerakan Rasuah Sinar Busters Tindakan Bijak

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2021 12:48PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejarah membuktikan bahawa sesebuah negara itu boleh musnah jika dibelenggu rasuah.

Rasuah secara berleluasa ialah barah yang membunuh dalam diam, jika ia tidak dicegah sedari awal.

Nawaz Sharif dari Pakistan, Dilma Rousseff dari Brazil dan Park Geun Hye dari Korea Selatan adalah pemimpin abad moden yang menjadi bukti bagaimana rasuah boleh sahaja menghilangkan kewarasan akal, lantas menuntut manusia tunduk pada kerakusan nafsu.

Data terbaru Transparency International Corruption Index memperlihatkan kedudukan Malaysia yang jatuh enam anak tangga berbanding pencapaian sebelum ini.

Sekilas pandang, enam mungkin satu angka yang kecil namun hakikatnya, kemerosotan ini merupakan satu masalah besar dalam usaha  melawan rasuah. 

Kekurangan ketelusan dalam pengurusan pentadbiran negara dan peningkatan jumlah kes berprofil tinggi yang telah dilepaskan tanpa dibebaskan di mahkamah mencalar imej Malaysia di mata dunia, dan menyusutkan keyakinan pelabur luar untuk menjadikan Malaysia destinasi bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Selaras dengan itu, penubuhan inisiatif Gerakan Sinar Rasuah Busters oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub disifatkan tepat pada masa.

Pengasas Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Abdul Rahman berkata, penubuhan inisiatif berkenaan diyakini mampu memperkukuhkan usaha membendung gejala rasuah yang kian berleluasa.

“Melawan rasuah adalah sebahagian daripada tugas penting dan tidak sepatutnya dipandang ringan oleh siapapun, termasuk pemegang tampuk pemerintahan. 

"Tidak kira sama ada kerajaan hari ini dibentuk oleh Pakatan Harapan (PH), Muafakat Nasional (MN), Perikatan Nasional (PN), mahupun Barisan Nasional (BN), rasuah perlu dihapuskan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Muar menarik perhatian, beberapa langkah proaktif pernah diambil bagi mengurangkan rasuah dalam kalangan ahli politik, ketika tampuk pemerintahan kerajaan diterajui oleh PH.

“Antaranya, semua menteri dan pegawai mereka perlu mengisytiharkan aset masing-masing.

"Tindakan itu turut terpakai ke atas semua ahli politik, yang wajib mengisytiharkan sebarang hadiah yang diterima, membabitkan nilai melebihi RM500," katanya.

Mengulas lanjut Syed Saddiq berkata, kerajaan PH turut mewajibkan 95 peratus projek di bawah seliaan kerajaan diberikan  secara tender terbuka.

"Turut diberi penekanan ialah pemerkasaan Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC),” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, kesemua langkah itu malangnya masih tidak mencukupi walaupun jelas ia satu perubahan yang cukup hebat.

Katanya, terdapat keperluan untuk beberapa dasar dilaksanakan dengan mengambil kira pengukuhan institusi rakyat.

"Dalam konteks ini, empat langkah utama perlu diambil antaranya, penggubalan dana pendanaan politik pada kadar segera.

"Perkara ini menjadi mandat yang dipertanggungjawabkan kepada saya di bawah pimpinan PH, namun ia tergendalam apabila Langkah Sheraton mengambil tempat," dedahnya.

Turut memerlukan perhatian tambah beliau, ialah pemerkasaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar memiliki kuasa yang bebas daripada cengkaman politik. 

Mengulas lanjut, bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, pentadbiran SPRM pada hari ini di bawah Pejabat Perdana Menteri (PMO) sedikit sebanyak  mendatangkan tekanan kepada SPRM untuk menjalankan tugas mengikut kehendak kerajaan, berbanding usaha melawan rasuah secara bebas. 

“Pengawasan Parlimen juga harus diperkukuhkan, dengan memainkan peranan semak-imbang yang lebih besar dan perlu diberikan kuasa pengawasan untuk menyiasat sebarang isu yang melibatkan kerajaan. 

"Kerajaan juga perlu mengembalikan semula kebebasan media dan tindakan kotor untuk menyekat dan mengugut pihak berkaitan perlu dihentikan," katanya.

Kebebasan media tegas beliau, adalah  pemangkin dalam memastikan semua politik bertindak dengan lebih berhati-hati.

"Media seharusnya menjalankan peranan penting dalam sistem semak-imbang negara,” jelasnya. 

Sekitar Januari lalu, Hussamuddin melancarkan Gerakan Sinar Rasuah Busters bagi membangkitkan kesedaran dalam kalangan rakyat berhubung jenayah rasuah yang semakin bermaharajalela di Malaysia.

Kempen itu diharapkan mampu menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat untuk menjadi mata dan telinga dalam melaporkan sebarang salah laku rasuah kepada pihak berwajib, tanpa gentar terhadap ancaman pihak-pihak tertentu. - Getaran, 1 Februari 2021

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter: Kesemua Mangsa Diberikan Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat TLDM

Semasa 23 jam yang lalu

8 Jenazah Nahas Helikopter Disembahyangkan, Diberi Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat

Semasa 1 hari yang lalu

“Jenazah Ibu Sempurna” – Anak Allahyarham Noor Rahiza

Semasa 7 jam yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

oleh Wartawan Getaran