web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu ‘Tikam Belakang’: Pemuda BERSATU Masih Dalam ‘Sindrom Penafian’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2022 8:19PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dianggap mengalami ‘sindrom penafian’ selepas menafikan frasa ‘tikam belakang’ digunakan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli terhadap parti itu susulan kemungkiran yang mereka lakukan.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Haziq Azfar Ishak berkata, kemungkiran itu bukan sahaja kepada PKR dan gabungan Pakatan Harapan (PH), tetapi terhadap pengundi serta rakyat Malaysia.  

“Hakikat dan perkataan lebih keras bagi frasa tikam belakang ini adalah kesan perbuatan mereka yang membawa kecelakaan besar buat ekosistem demokrasi negara kita, termasuk menghilangkan keyakinan anak muda terhadap sistem demokrasi dan minat untuk turun mengundi.  

“Ini adalah akibat tindakan jijik permuafakatan keji Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan Azmin (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) yang ingkar terhadap referendum serta kemahuan rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), sekali gus melunturkan ketuanan rakyat yang turun mengundi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.  

Pemuda BERSATU semalam dilapor mengecam kenyataan Rafizi terhadap Mohamed Azmin yang juga ahli Majlis Tertinggi BERSATU pada Konvensyen Pilihan Raya PKR Sabtu lalu.

Menurut Ahli Jawatankuasa Eksekutif BERSATU, Harris Idaham Rashid, kenyataan Rafizi itu adalah tidak wajar dan berdasarkan kebencian.

Pada masa sama, Haziq Azfar menyelar kenyataan Harris bahawa kononnya Rafizi kembali untuk menimbulkan lebih banyak huru-hara dalam PKR, malah menyifatkannya sebagai dakwaan tidak matang.  

Kenyataan itu tambahnya, seolah-olah Harris suka mencampuri urusan dalaman PKR seperti kata pepatah ‘bagai hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’.

Hakikatnya, jelas Haziq Azfar, sekembalinya Rafizi ke arena politik tanah air, beliau mampu meningkatkan momentum dan sedikit sebanyak mengembalikan keyakinan pengundi untuk keluar semula mengundi.  

Jelasnya, ia setelah keyakinan itu ‘rosak teruk’ akibat tindakan khianat Muhyiddin dan Mohamed Azmin yang menikam belakang ekosistem demokrasi serta rakyat di seluruh negara.

Malah, beliau memberitahu, pesanan Rafizi kepada anggota PKR supaya tidak menikam belakang seperti dilakukan Mohamed Azmin dan rakan-rakannya adalah amat penting kerana dapat menyemak semula kompas moral setiap anggota parti.  

Selain itu, beliau berkata, pesanan terbabit penting kerana kesetiaan terhadap idealisme parti dan prinsip adalah jauh lebih mustahak, berbanding kesetiaan membuta tuli terhadap perkara lain.  

“Mungkin Harris tidak suka atau berkecil hati mendengar frasa tikam belakang, tetapi itu tidak penting kerana hakikat pahit perlu ditelan Harris dan rakan-rakannya, tindakan mereka membawa kecelakaan besar terhadap ekosistem demokrasi negara kita.  

“Oleh itu, sengaja saya mengulangi frasa tikam belakang ini berkali-kali sebagai panduan buat Harris dan rakan-rakan lain supaya bermuhasabah,” katanya. - Getaran, 31 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

4

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kemenangan Ini Amanah Besar, Wakili Suara Ramai’ - Afdlin Shauki

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran