web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kenyataan Azalina Berhubung AG Terus Terima Kecaman

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2022 8:27PM

Azalina Othman Said - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pandangan Penasihat Undang-Undang Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu memilih ‘orang mereka’ untuk menyandang portfolio Peguam Negara (AG) terus menerima kecaman.

Kali ini, giliran Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham yang menyifatkan Ahli Parlimen Pengerang itu sebagai tidak layak untuk menasihati Perdana Menteri mengenai undang-undang dan hak asasi manusia.

Malah kata Koo Ham, Azalina perlu meletakkan jawatan serta-merta.

"Ini sama sekali bertentangan dengan kedaulatan undang-undang (rule of law)! Inilah sebab mengapa gesaan supaya peranan Pendakwa Raya dipisahkan daripada Peguam Negara (sebagai penasihat undang-undang tertinggi kepada kerajaan). Potensi penyalahgunaan oleh Eksekutif yang diketuai oleh Perdana Menteri adalah benar.

"Pendakwa Raya sepatutnya bertanggungjawab kepada Parlimen dan bukannya kepada Perdana Menteri, walaupun selepas peranan AG dipisahkan daripada peranan Pendakwa Raya,” katanya hari ini.

Tegas Koo Ham, Peguam Negara masih diharapkan sebagai pegawai perundangan tertinggi untuk menasihati kerajaan menegakkan kedaulatan undang-undang berbanding menentangnya.

Koo Ham yang juga Jurucakap Bagi Undang-undang dan Parlimen DAP menambah, adalah mengejutkan apabila Azalina membuat seruan sedemikian.

Dalam pada itu, Ketua Dewan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kenyataan bahawa setiap Perdana Menteri akan melantik ‘orang mereka’ sebagai AG membayangkan instituti pendakwaan dipengaruhi dan dikawal dengan jelas oleh Perdana Menteri.

Tegasnya, ketika era pembaharuan dari pelbagai sudut menghidupkan demokrasi sebenar dilakukan oleh kerajaan pada hari ini, seruan berkenaan kelihatan kembali ke belakang.  

"Langkah yang paling baik ialah memisahkan fungsi Peguam Negara dengan tugas pendakwaan. Ini sebenarnya telah dimulakan perancangan oleh pihak kerajaan ketika Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).

"Pada ketika kenyataan itu dibuat, menariknya ia juga sebagai menyahut cadangan Ahli Parlimen Pengerang yang ketika itu sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, ketika beliau menuntut supaya sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi pembaharuan Jabatan Peguam Negara (AGC).

"Hari ini, tidak pasti perancangan itu sudah sampai ke mana, namun ia perlu dihidupkan dan dijayakan dengan serius jika mahu melihat undang-undang dilaksanakan dengan adil dan dilihat adil," katanya. - Getaran, 29 Ogos 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 22 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad