web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Hadir Mesyuarat MKT UMNO Malam Ini

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2022 9:39PM

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO tiba di Menara Dato Onn tadi - Tangkapan layar video BernamaTV

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO tiba di Menara Dato Onn dekat Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada jam 8.40 malam bagi menghadiri mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu.

Beliau bagaimanapun naik ke bilik mesyuarat dengan menggunakan lif orang kenamaan (VIP) selepas menunaikan solat Maghrib di surau dekat WTC.

Difahamkan beliau baru sahaja tiba dari program rasmi di Dataran Kerayong Bera, Pahang yang berlangsung pagi tadi.

Terdahulu beberapa pemimpin tertinggi UMNO mula hadir di ibu pejabat parti itu kira-kira jam 8.10 malam.

Antaranya Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Turut hadir Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin.

Difahamkan mesyuarat tersebut diadakan bagi membincangkan  isu semasa  parti dan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Petang tadi, kira-kira 3,000 perwakilan UMNO hadir pada Taklimat Khas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Merdeka, WTC.

Ahmad Zahid ketika berucap berkata, Perdana Menteri perlu membubarkan segera Parlimen kerana semua pihak termasuk MKT telah sebulat suara bersetuju untuk pembubaran itu.

“Desakan ini bukan datang dari saya, bukan dari Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan) atau pemimpin lain, tetapi ia adalah keputusan sebulat suara dari semua peringkat.

“Keputusan sebulat suara sudah dicapai, jadi apa yang kita nak tunggu lagi?” katanya. - Getaran, 27 Ogos 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 5 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad