web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Najib Boleh Kekalkan Kerusi Pekan Jika Failkan Petisyen Pengampunan Diraja – Pakar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2022 3:37PM

Sebaik sahaja petisyen atau semakan semula difailkan, kelayakan Najib sebagai Ahli Parlimen tidak boleh dibatalkan sehingga proses berkenaan selesai sepenuhnya - Gambar oleh Aliff Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Walaupun sabitannya dalam skandal SRC International Sdn Bhd dikekalkan, Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak boleh mengekalkan kerusi disandangnya jika beliau memfailkan semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan itu, atau petisyen untuk pengampunan Diraja dua minggu lagi.

Pakar Perlembagaan terkemuka, Profesor Emeritus Datuk Shad Saleem Faruqi memberitahu The Vibes, sebaik sahaja petisyen atau semakan semula difailkan, kelayakan Najib sebagai Ahli Parlimen tidak boleh dibatalkan sehingga proses berkenaan selesai sepenuhnya.

Pakar akademik itu berkata, Perkara 48(1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa mana-mana Ahli Parlimen dari Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang dipenjara bagi tempoh setahun atau didenda melebihi RM2,000 akan hilang kelayakan mereka, melainkan jika semakan semula atau petisyen difailkan.

“Untuk mengekalkan kerusi Parlimen miliknya, beliau perlu memfailkan satu lagi permohonan kepada mahkamah dalam tempoh 14 hari dari tarikh sabitan. Setakat ini, tiada kemungkinan rayuan kerana ia telah berakhir.

“Namun di bawah Peraturan 137 Mahkamah Persekutuan, beliau boleh memfailkan semakan terhadap keputusan atas faktor keadilan, tetapi ia tidak semudah itu.

“Perlu ada bukti jelas berlaku ketidakadilan atau penipuan atau pilih kasih, bukan sekadar kesalahan interpretasi perundangan kerana ini bukan rayuan, ia adalah manifestasi bahawa ketidakadilan sudah berlaku dan mahkamah boleh menilainya.

“Dan sementara menanti prosiding Mahkamah Persekutuan atau petisyen pengampunan, beliau boleh mengekalkan kerusi di Dewan Rakyat,” kata Shad.

Profesor Emeritus Datuk Shad Saleem Faruqi - Gambar ihsan HAKAM
Profesor Emeritus Datuk Shad Saleem Faruqi - Gambar ihsan HAKAM

Bagaimanapun, pakar perundangan itu menegaskan, jika pilihan raya umum (PRU) diadakan ketika beliau masih menanti keputusan permohonan perundangan dan pestisyen, kerusi Parlimen milik bekas Perdana Menteri itu akan dikosongkan secara automatik.

Apa sahaja yang berlaku kepada kerusi Parlimen Pekan selepas itu, sama ada Najib berjaya mengekalkan kedudukannya atau kehilangan portfolio Ahli Parlimen, beliau tidak boleh dicalonkan semula pada PRU akan datang atau dilantik sebagai Senator, dan beliau akan ‘diharamkan’ selama lima tahun, katanya.

“Dan seluruh negara tahu bahawa pilihan raya akan berlangsung tidak lama lagi, ia akan dilaksanakan tahun depan,” katanya.

 

Pengampunan Yang Berbeza

Mengulas mengenai pengampunan Diraja, Shad berkata terdapat 13 klausa (dan sub klausa) di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, melibatkan pengampunan berbeza.

Tambahnya, kesemua klausa dan sub klausa itu mencakupi istilah seperti pengurangan hukuman, pembatalan, penangguhan sementara, penangguhan dan penggantungan, yang kesemuanya tidak membawa kepada pengampunan penuh.

Katanya, dalam kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2018, ketua pembangkang itu diberikan pengampunan penuh, yang menghapuskan kesemua sabitan ke atasnya, dan membolehkan beliau bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson sebaik dibebaskan.

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Sairien Nafis
Anwar Ibrahim - Gambar oleh Sairien Nafis

Bagaimanapun, terdapat juga kes lain yang menyaksikan pengampunan penuh tidak diberikan, antaranya kes melibatkan bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1980-1983), Datuk Mokhtar Hashim.

Dalam kes melibatkan Mokhtar yang didapati bersalah membunuh Speaker Negeri Sembilan, Datuk Mohamed Taha Talib, Yang di-Pertuan Agong tidak membatalkan sabitan ke atasnya.

“Agong meminda hukuman itu kepada penjara seumur hidup, ini ialah kes pengurangan hukuman. Beberapa tahun selepas itu (pada 1991), beliau diberikan pengampunan dan dibebaskan,” kata Shad.

Pada Selasa, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan ke atas Najib yang didapati bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan dalam kes rasuah SRC International dan memerintahkan beliau dipenjara selama 12 tahun serta didenda RM210 juta.

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata, kesemua dapatan oleh Mahkamah Tinggi adalah benar dan pihak pendakwa gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Tengku Maimun mengarahkan hukuman ke atas Najib berjalan serta merta. – The Vibes, 26 Ogos 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran