Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Desakan Campur Tangan Kes Najib Uji Keberanian Ismail Sabri - Penganalisis Politik

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2022 9:20AM

Ismal Sabri - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terperangkap sama ada mahu berlembut dengan tekanan dalaman supaya beliau campur tangan dalam proses mahkamah membabitkan mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Seandainya akur kepada desakan itu, beliau bukan sahaja akan menjejaskan imejnya tetapi juga negara selain mempersendakan sistem kehakiman.

Jika menolak desakan itu pula, beliau berisiko dikenakan tindakan oleh parti yang berpotensi menjejaskan karier politiknya.

Penganalisis politik berpendapat, kemelut semasa akan menjadi ujian sebenar keazaman Ismail Sabri, kerana tekanan terus meningkat terhadapnya dari dalam parti, di mana beliau adalah naib presiden.

Ini berikutan laporan The Vibes bahawa mesyuarat tergempar ketua-ketua bahagian UMNO yang dipengerusikan Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam kononnya menuntut campur tangan perdana menteri dalam menangguhkan rayuan akhir Najib berkaitan kes penyelewengan dana SRC International.

Mesyuarat itu juga mahu Ismail Sabri mendesak peguam negara untuk meneruskan siasatan terhadap Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang mendapati Najib bersalah pada 2020.

Bagaimanapun difahamkan majoriti ketua bahagian UMNO tidak menghadiri mesyuarat itu.

Ini menunjukkan keengganan mereka untuk meminta perdana menteri campur tangan dalam proses kehakiman.

Bercakap kepada The Vibes, Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Prof Jeniri Amir berkata, beliau tidak melihat Ahli Parlimen Bera itu campur tangan dalam proses kehakiman dengan tunduk kepada desakan semata-mata untuk menyelamatkan seorang individu.

Jeniri Amir
Jeniri Amir

Ahli akademik tersebut percaya Ismail Sabri menyedari sebarang campur tangan dalam kes yang sedang berjalan itu boleh memberi implikasi meluas, bukan sahaja untuk beliau dan juga UMNO, tetapi Malaysia secara amnya.

“Untuk UMNO meminta perdana menteri campur tangan adalah sama sekali bertentangan dengan pengasingan kuasa.”

“Tidak pernah dalam sejarah ada sesiapa meminta secara terbuka agar perdana menteri campur tangan, terutamanya bukan dalam kes kepentingan antarabangsa,” katanya.

Jeniri berkata, walaupun terdapat banyak sebab untuk Ismail Sabri mengekori rapat barisan parti, terutamanya dalam usaha memastikan kedudukannya dan mengelakkan (tindakan) disiplin, kelemahan jauh melebihi merit dalam situasi ini.

Bagi UMNO, katanya, ia juga tidak masuk akal untuk bertindak terhadap perdana menteri jika beliau mengabaikan konsensus parti.

“Jika beliau dipecat atau tindakan lain diambil, Ismail Sabri akan dilihat sebagai mangsa keadaan, dan rakyat serta masyarakat global akan hilang hormat terhadap UMNO. Perkara itu tidak akan menjadi petanda baik untuk mereka,” katanya.

Tambah Jeniri lagi, walaupun jika terdapat sebarang percubaan untuk mempengaruhi badan kehakiman dalam rayuan terakhir Najib berkaitan kes penyelewengan dana SRC International, beliau percaya hakim bijak dalam membuat keputusan mereka.

Bertindak terhadap Ismail Sabri akan merugikan UMNO

Pensyarah Kanan Politik Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, walaupun Ismail Sabri mengingkari arahan parti dan enggan mencampuri kes perbicaraan Najib, UMNO tidak mungkin akan mengenakan tindakan tatatertib terhadapnya.

Azizuddin Mohd Sani
Azizuddin Mohd Sani

Beliau berkata, sebarang tindakan sedemikian hanya akan merugikan dan melemahkan parti, satu risiko yang tidak mampu dilakukannya ketika pilihan raya umum semakin hampir.

“UMNO harus faham bahawa sebarang tindakan yang diambil (terhadap Ismail Sabri) akan menjejaskan peluang parti itu.

“UMNO pasti akan menjadi lebih lemah, kerana anda bercakap tentang perdana menteri dan salah seorang pemimpin tertinggi parti,” katanya.

Beliau berkata, satu-satunya persoalan, jika Ismail Sabri ditunjukkan pintu (keluar) oleh UMNO ialah ke mana hala tuju naib presiden parti itu selepas ini.

Mohd Azizuddin juga senada dengan Jeniri bahawa mustahil bagi perdana menteri untuk mengubah proses prosiding mahkamah secara sah, walaupun beliau dipaksa melakukannya.

Katanya, walaupun terdapat tekanan tidak wajar daripada segmen tertentu dalam UMNO, kedaulatan undang-undang yang wujud di negara ini bermakna peranan eksekutif adalah terhad dan tidak boleh melampaui batas terhadap cabang lain dalam kerajaan.

“Adalah tidak realistik untuk mencadangkan perdana menteri campur tangan. Ia mempersendakan sistem politik dan kehakiman kita,” katanya. - The Vibes, 23 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

2

Politik 3 hari yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

3

Politik 1 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Jangan Jadikan Kelemahan Ringgit Senjata Politik - Anwar

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Yayasan Sarawak Biaya Pelajaran Anak Mendiang Joanna Hingga Universiti - Abang Jo

Semasa 15 jam yang lalu

Chegu Bard Didakwa Di Mahkamah Sesyen KL Hari Ini

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

Semasa 13 jam yang lalu

Chegu Bard Mengaku Tidak Bersalah Memfitnah, Menghasut

oleh Diyana Nawwar