web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


ADUN Batu Lintang Sedia Hadapi Tindakan Undang-Undang

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2022 4:15PM

See Chee How - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Lintang See Chee How yang meninggalkan Parti Sarawak Bersatu (PSB) untuk menjadi wakil rakyat Bebas, bersedia menghadapi sebarang tindakan undang-undang susulan tindakannya keluar dari parti itu.

Walaupun berharap untuk terus menjalin hubungan baik dengan bekas pemimpin dan parti itu, beliau tidak menolak kemungkinan PSB membawa perkara berkenaan ke mahkamah sambil menambah, pasukan peguamnya akan bersedia menghadapi kemungkinan tersebut.

“Saya harap (keputusan keluar PSB) dapat (diterima oleh parti) tapi jika ada sebarang tindakan undang-undang, kita (akan) lihat perkara itu,” katanya yang menjadi ADUN Batu Lintang selama tiga penggal dalam sidang media di pusat khidmatnya di sini hari ini.

Presiden PSB Datuk Seri Wong Soon Koh dalam kenyataan pada Ahad berkata, parti itu akan melihat semua langkah boleh diambil terhadap Chee How, yang didakwa telah membuat akujanji lisan dan bertulis sebelum dipilih sebagai calon PSB pada Pilihan Raya Negeri lepas.

Menurut Wong, Chee How juga perlu membayar pampasan kepada parti sekiranya beliau memilih untuk meletakkan jawatan selepas memenangi kerusi itu sebagai calon PSB.

Peletakan jawatan Chee How daripada PSB untuk menjadi ADUN Bebas diumumkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nasar pada Ahad lepas.

Chee How berkata keputusan untuk meninggalkan PSB adalah bagi memberi fokus untuk berkhidmat kepada pengundinya tanpa terikat dengan parti politik dan menjalin kerjasama dengan mereka yang berkongsi misi sama demi kebaikan Sarawak dan rakyatnya.

“Dalam masa terdekat, saya cuba untuk tidak terlibat dalam politik kepartian, mengekalkan kemerdekaan bekerja dengan NGO, bekerjasama dengan kumpulan berbeza dan semua orang dan sesiapa sahaja asalkan mereka boleh menyumbang untuk menjadikan Sarawak lebih baik,” katanya.

Beliau berkata keputusan dibuatnya itu juga tiada kaitan dengan undang-undang anti-lompat yang akan dikuatkuasakan tidak lama lagi atau hasrat menubuhkan parti baharu dan beliau tidak berminat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.

Sama ada akan menjadi wakil rakyat yang mesra pembangkang atau kerajaan, beliau berkata: “Saya sentiasa mesra dengan semua. Tidak wujud persoalan mesra kepada sesiapa tapi untuk mengajak semua orang bekerjasama demi kemakmuran Sarawak”.

Chee How memenangi kerusi DUN Batu Lintang ketika mewakili PKR sejak 2011 dan mempertahankan kerusi itu atas tiket PSB pada PRN ke-12 yang lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Tahan Aktivis GSF Perbuatan Zalim, Bebaskan Mereka Segera!’ - Anwar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Persekutuan Berhak Batal Undang-Undang Sivil, Syariah Jika Bercanggah Dengan Perlembagaan - Peguam

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Laksana Kajian Untuk Perkukuh Perundangan Tangani Jenayah Dalam Talian - Azalina

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pendakwaan Tarik Balik Rayuan, Keputusan Lepas Dan Bebas Shafee Kekal

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 3 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka  Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik