web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keutamaan Rafizi Persiap Parti Menjelang PRU-15, Bukan Layan Kerenah Calon Kalah

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2022 7:29PM

Rafizi Ramli - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mahu agenda pengukuhan parti ke arah Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diteruskan sambil menggesa Kongres Nasional PKR tidak ditangguhkan, semata-mata bagi melayan kerenah calon yang kalah.

Beliau berkata, keutamaannya sebagai Timbalan Presiden baharu adalah mempersiapkan pimpinan dan jentera parti untuk berdepan lawan pada PRU-15.

“Sebagai sebuah parti, kita tidak ada banyak masa untuk kembali ke landasan asal perjuangan kita, iaitu membela rakyat ke arah membentuk sebuah masyarakat pelbagai kaum yang saling menghormati, lebih berdaya dan menjamin kehidupan lebih baik kepada semua.

“Saya dan rakan-rakan yang selama ini berdiam diri dengan segala kerenah daripada kumpulan berkepentingan peribadi ini akan mempercepatkan lagi kempen #AyuhMalaysia untuk membentangkan visi KEADILAN (PKR) untuk masa depan lebih baik,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Rafizi, tuntutan mengadakan audit digital yang sedang dilaksanakan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) hanya permainan segelintir anggota parti yang kalah pada pemilihan PKR baru-baru ini.

Katanya, pendirian tersebut sudah pun diutarakannya kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi JPP, Dr Zaleha Mustafa.

“Malangnya, mereka ini rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan merasakan mereka boleh mempengaruhi keputusan untuk memastikan saya tidak disahkan sebagai Timbalan Presiden.

“Saya sudah menjelaskan secara dalaman pandangan saya bahawa motif sesetengah pihak, seperti (calon Naib Presiden) Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang terus mempersoalkan pemilihan parti adalah serampang dua mata,” katanya.

Dakwa Rafizi, Farhash cuba mengubah keputusan supaya beliau dan beberapa orang lain yang menang bersamanya tidak disahkan Kongres Nasional.

“Kedua, untuk membina persepsi kononnya kemenangan saya dengan jurang besar ialah disebabkan manipulasi besar-besaran.

“Hakikatnya, mereka tidak boleh menerima kenyataan bahawa sentimen akar umbi sangat berbeza dengan bacaan mereka yang berlegar sekitar Datuk Seri Anwar Ibrahim ini,” katanya.

Justeru, mantan Ahli Parlimen Pandan itu berkata, sementara agenda pengukuhan PKR diteruskan, beliau mahu segala ruang dalam parti dibuka untuk membolehkan isu akibat pertukaran keputusan di saat akhir dapat disemak.

“Antara langkah utama saya sebagai Timbalan Presiden ialah meneliti keseluruhan proses audit digital yang mengakibatkan kecelaruan untuk memberi keadilan sewajarnya kepada semua pihak.

“Sebagai Timbalan Presiden, saya akan mengusahakan supaya satu tindakan diambil terhadap mana-mana pihak yang terbukti berniat mensabotaj parti dengan terus-menerus mengkritik pemilihan, bagi melengahkan kepimpinan baharu Keadilan mengambil tempat,” katanya. – Getaran, 5 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

3

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

4

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Operasi Banteras PATI Diperhebat, 109 Warga Asing Ditahan Di Ampang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar