web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kesan Kenaikan Harga Barang: Apa Jadi Dengan Nasib Kanak-Kanak Kelaparan?

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2022 7:12PM

Hannah Yeoh - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kanak-kanak adalah golongan paling teruk mengalami dan terjejas dengan kesan kenaikan harga barang, kata Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.

Justeru, Hannah yang juga mantan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggariskan tiga bahagian paling kritikal yang memerlukan perhatian serta tindakan segera daripada Perdana Menteri dan Kabinet.

Katanya, tiga bahagian tersebut adalah makanan, penjagaan kesihatan dan pendidikan.

“Makanan bernutrisi menjadi perkara kedua (ketika ini) kepada mereka yang lapar. Ada bayi diberi minum air kosong dan sedikit gula, berbanding susu.

“Nasi putih kosong mungkin satu-satunya sumber makanan kerana harga daging dan protein melonjak naik di luar jangkaan,” katanya.

Hannah berkata, dengan pengurangan kuantiti dan kualiti makanan ditambah jika tiada campur tangan daripada kerajaan Persekutuan bagi mengatasi isu terbabit, bajet lebih besar mungkin terpaksa diperuntukkan untuk penjagaan kesihatan kanak-kanak serta keluarga mereka pada tahun akan datang.

Bagi aspek penjagaan kesihatan, katanya, ramai pengamal perubatan awam melaporkan bahawa ubat asas untuk kanak-kanak, seperti dalam bentuk cecair kini kehabisan stok ketika golongan itu sakit.

Tanpa duit, jelasnya, ibu bapa tidak mampu mendapatkan rawatan untuk anak mereka.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, pendidikan anak-anak turut terjejas.

“Apabila harga barang naik, duit bagi tujuan pendidikan terpaksa dikurangkan. Ini termasuk untuk pengangkutan, pembelian buku, pakaian seragam, mainan dan banyak lagi.

“Pendidikan mereka juga boleh terganggu atau sekiranya keadaan terdesak, mereka berisiko berhenti belajar kerana ibu bapa yang terkesan mungkin memerlukan bantuan anak mereka untuk membantu di gerai dan perniagaan, memandangkan mengupah pekerja jauh lebih mahal,” katanya.

Menarik perhatian, Hannah berkata, beliau begitu bimbang apabila membayangkan keseluruhan kitaran kesan buruk COVID-19 ke atas kanak-kanak, kini berulang akibat krisis harga barang meningkat.

Tegasnya, lebih mengecewakan apabila tiada suara pihak eksekutif yang ‘memperjuangkan’ golongan itu sebaiknya, sama ada daripada Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin atau Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun yang dipertanggungjawabkan menjaga kebajikan kanak-kanak.

Menurut Hannah, sekurang-kurangnya apa yang boleh pemimpin terbabit lakukan sekarang adalah mengenal pasti kanak-kanak terkesan dan data relevan untuk dibentangkan di Parlimen apabila bersidang nanti.

“Setidak-tidaknya, inilah yang boleh diharapkan daripada mereka. Tanpa data, orang awam dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tidak akan dapat membantu dengan lebih berkesan,” katanya.

Kanak-kanak terlibat, terutama yang lebih kecil, katanya, tidak mempunyai kapasiti untuk bersuara, menulis di media sosial dan mencoret di surat terbuka atau menyertai protes.

“Mereka hanya bergantung kepada kita untuk menjadi jurucakap mereka. Kita tidak gagal sebagai sebuah negara hanya kerana jumlah pelaburan kecil atau mengalami kerugian ekonomi.

“Kita gagal sebagai sebuah negara apabila poket menteri kita lebih tebal sedangkan perut anak-anak kita kurus menipis,” katanya.

Sementara itu, Hannah berkata, merujuk kepada laporan media berhubung mahasiswa terpaksa mengurangkan jumlah makanan ekoran kenaikan kos sara hidup, beliau berpendapat, perkembangan tersebut ibarat bom jangka.

“Kenaikan harga barang sangat memberi kesan kepada keluarga golongan bawahan dan pertengahan. Yang mereka ada cuma cukup-cukup makan, ‘kais pagi makan pagi’,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau mengulas laporan media mengenai isu kenaikan harga barang yang menyebabkan sebahagian mahasiswa bergelut dengan kos sara hidup semakin tinggi, sehingga ada terpaksa menahan lapar setiap malam. - Getaran, 5 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 2 jam yang lalu

Sentimen Pengundi Melayu Di Negeri Sembilan, Johor Tak Boleh Dibandingkan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad