web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tindakan Tegas Terhadap Pemimpin, Ahli PAS Membelakangkan Perpaduan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2022 11:25AM

Takiyuddin Hassan - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PAS akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemimpin dan ahlinya yang bertindak membelakangkan aspek perpaduan serta mendorong perpecahan dalam kalangan masyarakat.

Sehubungan itu, Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti berkenaan akan terus komited mengusahakan agenda penyatuan ummah dalam kalangan orang Melayu Islam di negara ini, sekali gus mengukuhkan perpaduan nasional di antara semua rakyat berbilang kaum.

Takiyuddin menjelaskan, parti itu menjunjung tinggi titah nasihat dan pandangan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya gejala perpecahan yang kini berlaku dalam kalangan orang Melayu dihentikan segera.

“PAS juga akur sebagaimana dititahkan baginda bahawa Islam sentiasa menggalakkan manusia bersatu padu dan tidak berpecah belah, selaras dengan perintah terkandung dalam Al-Quran,” katanya menerusi kenyataan.

Semalam, Getaran melaporkan, Sultan Selangor memandang serius gejala perpecahan orang Melayu, terutama dalam kalangan pemimpin politik.

Baginda bertitah, perbalahan orang Melayu, termasuk pemimpin politik yang begitu ketara sekarang boleh mengancam perpaduan, keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum dan kestabilan politik di Malaysia.

“Beta tidak berhasrat untuk mencampuri urusan politik dan pentadbiran negara.

“Bagaimanapun beta bertanggungjawab untuk memberi nasihat dan pandangan bagi memperbetulkan keadaan, di samping menggesa agar perpecahan orang Melayu serta pemimpin politik Melayu dapat segera dihentikan.

“Ianya adalah bagi menjamin agar kepentingan masyarakat Melayu dapat dipelihara tanpa mengetepikan hak dan kepentingan masyarakat bukan Melayu di negara ini,” titah baginda.

Sultan Selangor bertitah, pemimpin politik Melayu perlu sedar bahawa pembangunan dan kemajuan negara amat bergantung kepada kepimpinan stabil.

“Andai kata pemimpin Melayu gagal menunjukkan kepimpinan baik dan bertanggungjawab, kaum lain akan hilang rasa hormat terhadap mereka, sekali gus tidak memberi sokongan padu kepada pemerintahan orang Melayu.

“Di samping mengamalkan sikap kepimpinan yang baik dan tidak berbalah sesama sendiri, pemimpin politik Melayu harus bekerjasama dengan pemimpin parti politik kaum lain bagi menjamin pembangunan negara, selain dijadikan keutamaan demi keselesaan hidup rakyat pelbagai kaum,” titahnya. - Getaran, 5 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Teladani Perpaduan Rakyat Sarawak, Urus Perbezaan Dengan Ihsan Dan Hikmah - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Perpaduan Pelbagai Kaum Hadiah Terbaik Untuk Saya’ - Agong

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish