web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Sebab Kekal Jawatan Menteri Zuraida Guna 'Kuota Curi' BERSATU

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2022 9:27PM

Zuraida Kamaruddin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada sebab untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengekalkan Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komiditi menggunakan kuota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang ‘dicuri’.

Ketua Bahagian BERSATU Ampang, Mohd Isa Mohd Saidi berkata, sekiranya Perdana Menteri mahu memberi talian hayat kepada Zuraida, beliau perlu menggugurkan seorang daripada Menteri UMNO, bukan mencuri kuota parti itu.

“Kini Zuraida ‘melutut’ kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) demi mencari talian hayat.

“Nampaknya Zuraida langsung tidak ada rasa malu untuk menjilat ludah sendiri demi untuk mengekalkan pangkat dan harta,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sambil menyifatkan Zuraida sebagai tiada prinsip, Mohd Isa berkata, Ahli Parlimen Ampang itu antara kerap mengkritik pimpinan UMNO.

“Dahulu beliau antara yang kuat mengkritik pimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Tetapi hari ini mereka menjadi sumber nyawa untuk Zuraida,” katanya.

Sementara itu, Mohd Isa mendedahkan, sejak di dalam BERSATU lagi Zuraida ingin memegang jawatan tertinggi dengan pantas, tanpa mengikut proses biasa sesebuah parti.

“Daripada Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH) dan juga Ketua Sayap Wanita PKR, apabila bersama BERSATU beliau mengharapkan tempat serta kedudukan dalam parti tanpa melalui pemilihan.

“Tetapi apabila dilantik ke jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Zuraida gagal memainkan peranan untuk menyatukan parti,” katanya.

Mohd Isa berkata, semua tindakan Zuraida bukan untuk parti atau rakyat, tetapi hanya untuk kelompok kecil kroni yang bersama beliau sahaja.

“Oleh itu, kami sentiasa teguh bahawa tiada ahli parti yang mengikuti 'Langkah Zuraida', malah tiada satu cawangan pun ditutup dalam Bahagian Ampang di mana Zuraida pernah berada,” katanya.

Terdahulu, Zuraida berharap dapat kekal memegang jawatan menteri dalam Kabinet menjelang pertemuan dengan Ismail Sabri minggu hadapan.

Beliau berkata, pengekalannya dalam Kabinet membolehkan semua program serta perancangan dimulakan ketika memegang portfolio Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dilaksanakan dengan baik.

“Perdana Menteri umum dalam media (tentang perjumpaan itu) pada minggu depan. Saya harap ada khabar baik (untuk) kekal jawatan supaya boleh habiskan program dan perancangan saya mulakan.

“(Pengekalan itu juga) untuk stabilkan negara dan Kabinet. Jadi, dapatlah kita sempurnakan dan laksanakan apa yang dirancang,” katanya. - Getaran, 19 Jun 2022

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad