web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wujudkan Perjanjian Baharu Antara Kerajaan Persekutuan, Negeri  - Chin Tong

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2022 4:19PM

Liew Chin Tong

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sudah tiba masanya untuk kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri berunding semula demi mewujudkan kembali perjanjian yang lebih adil serta seimbang. 

Ketua Pembangkang Johor, Liew Chin Tong berkata, langkah berkenaan akan menyumbang kepada kehidupan rakyat Malaysia yang lebih makmur dan sejahtera.

Menurut beliau, perkara ini juga selaras dengan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mahu kerajaan Persekutuan bersikap lebih adil dalam mengagihkan hak dan peruntukan kepada setiap negeri.

“Dalam titah Sultan Johor semalam, baginda mendedahkan kerajaan Persekutuan tidak menunaikan janji serta gagal melaksanakan projek dengan baik seperti jalan-jalan Persekutuan yang berlubang dan rosak, tak cukup kemudahan asas di hospital kerajaan dan keadaan Kompleks Imigresen, Kastam, dan Kuarantin (CIQ) yang daif dan uzur di Bangunan Sultan Iskandar.  

“Baginda menegaskan Johor tidak sepatutnya dilayan seperti anak tiri dan kerajaan Persekutuan perlu mengambil berat pandangan baginda yang telah mendedahkan kepincangan dalam sistem federalisme yang ada sekarang. Malah, masalah ini tidak khusus kepada Johor sahaja,” katanya hari ini.

Chin Tong berkata, Malaysia pada asalnya dibentuk sebagai sebuah Persekutuan tetapi kini kuasa semakin dikawal penuh oleh kerajaan pusat.

Terdahulu, Sultan Johor menggesa kerajaan Persekutuan memberi peruntukan yang lebih banyak kepada Johor selepas mengutip hampir RM13 bilion setiap tahun dari Johor.

Baginda bertitah, beberapa tindakan kerajaan Persekutuan dilihat seolah-olah menganaktirikan Johor dalam beberapa keputusan yang dibuat.

Baginda juga mengingatkan kerajaan Persekutuan supaya tidak mencabuli dan menghormati perjanjian yang termaktub dengan kerajaan negeri dalam penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.

Dalam pada itu, Chin Tong berkata, titah Sultan Johor bahawa kerajaan Persekutuan tidak bersikap adil dari segi perkongsian kuasa dan sumber adalah tepat pada masanya. 

"Hal itu juga selaras dengan sentimen di kebanyakan negeri yang merasakan kerajaan Pusat tidak melayan mereka dengan adil. 

"Kerajaan Persekutuan telah mengutip RM13 bilion hasil daripada Johor secara tahunan tetapi hanya menyalurkan peruntukan yang kecil kepada negeri," katanya. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling itu mencadangkan kerajaan negeri memulakan Resolusi Dewan Negeri Johor dengan menubuhkan Suruhanjaya Perhubungan Antara Persekutuan dan Negeri. 

Menurut beliau, perkara berkenaan perlu diwujudkan bagi mengkaji tawaran baharu berhubung perkongsian kuasa dan sumber untuk sistem federalisme Malaysia bagi tempoh 50 tahun akan datang. 

“Menteri Besar Johor perlu menerajui usaha mengajak semua negeri berminat untuk menubuhkan Jawatankuasa Kerjasama Semua Negeri bagi menyelaras dan menetapkan agenda baharu perkongsian kuasa serta sumber antara kerajaan Persekutuan bersama kerajaan-kerajaan negeri. 

“Ini akan dilaksanakan berasaskan kesediaan mana-mana negeri yang berminat dan kesanggupan tanpa perlu menunggu penyertaan semua negeri,” katanya.

Jelas Chin Tong, mana-mana negeri yang merasakan hubungan antara Pusat dan negeri tidak adil patut menyertai jawatankuasa ini bagi menzahirkan satu tawaran baharu yang lebih seimbang serta adil.

Beliau menegaskan, Dewan Undangan Negeri Johor perlu menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas bagi merealisasikan titah Sultan Johor untuk memperkasakan federalisme dan kuasa negeri.

“Masanya sudah tiba untuk satu tawaran baharu dibuat antara kerajaan Persekutuan dan semua kerajaan negeri, khususnya Johor. Demi Bangsa Johor, demi rakyat Malaysia,”  katanya. - Getaran, 18 Jun 2022. 

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad