web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penangguhan Undi 18 Akan Kecewakan Banyak Pihak - Najib Razak

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2021 5:04PM

Najib bersama dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 di PWTC, Kuala Lumpur, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Penangguhan Undi 18 akan mengecewakan banyak pihak, apatah lagi perkara itu sudah diputuskan Parlimen, dengan menerima sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat dan Dewa Negara.

Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau hairan bagaimana usul berkenaan boleh ditangguhkan kerajaan sedangkan kelulusannya pada 16 Julai 2019 mendapat undian penuh semua pihak.

“Majoriti orang muda amat mengharapkan dan menunggu peluang untuk mengundi dan sudah tentu mereka amat kecewa jika tidak diberikan peluang.

“Kita perlu menghormati keputusan Parlimen kerana ia dibuat berdasarkan persetujuan semua parti dan berasaskan prinsip ini, sebarang keputusan yang sudah diluluskan sebulat suara, perlu dihormati,” katanya ketika ditemui pada hari pertama Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Menurut beliau, pelaksanaan Undi 18 ketika itu turut menerima sokongan Perdana Menteri Kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, selain Najib sendiri.

“Adalah amat menghairankan apabila perkara yang sama-sama mereka persetujui kini mahu ditangguhkan pula,” katanya.

November lalu, Takiyuddin berkata, undi 18 dan pendaftaran pemilih secara automatik dijangka dikuatkuasa selewat-lewatnya Julai ini.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melakukan beberapa persiapan untuk melaksanakan perkara itu dengan Kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya.

SPR bagaimanapun baru-baru ini tampil dengan keputusan mengejutkan apabila memberitahu, pelaksanaan Undi 18 hanya sesuai dilaksanakan menjelang September 2022.

Ia sekali gus menimbulkan perdebatan ramai, yang rata-rata menentang keras tindakan itu. – Getaran, 27 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

2

Kolum 5 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Kes Najib: Hormati Keputusan Hakim, Tangani Isu Dengan Bijaksana - PM

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Penjara Di Rumah Atau Di Kajang, Nasib Najib Ditentukan Januari 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 17 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar