web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PKR Kemuka 4 Cadangan Banteras Penipuan Kewangan Digital

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2022 6:31PM

Lee Chean Chung

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bimbang dengan peningkatan kes penipuan kewangan digital di negara ini, PKR mengemukakan cadangan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) bagi memperkukuh usaha membanteras jenayah berkenaan.

Bendahari Agung PKR, Lee Chean Chung berkata, pihaknya menggariskan empat cadangan, antaranya mewajibkan bank komersil, termasuk bank digital dan e-dompet untuk menubuhkan unit bantuan penipuan kewangan.

Menurutnya, unit bantuan tersebut perlu dioperasikan dengan indeks petunjuk utama (KPI) yang ketat ke atas pengendalian aduan pelanggan, tempoh respon dan bantuan sepanjang siasatan.

“Selain itu, BNM dicadang memudahcarakan mekanisme dan tempoh pampasan supaya bank komersil turut mengambil tanggungjawab sepadan dengan pulangan mereka.

“BNM juga dicadang mengambil inisiatif untuk menaiktarafkan mesyuarat penyelarasan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Kementerian Kewangan serta agensi lain kepada pasukan khas supaya isu ini dapat ditangani secara holistik,” katanya yang menyerahkan surat cadangan tersebut kepada pihak BNM hari ini.

Beliau menambah, BNM turut disyor memulakan perbincangan dengan Peguam Negara (AG) untuk menyemak semula kesesuaian akta mengikut keperluan semasa supaya pihak polis dapat menjalankan siasatan lebih cekap, manakala pengguna dapat dilindungi menyeluruh.

“Semoga syor ini dapat membantu (Gabenor BNM) Tan Sri (Nor Shamsiah Mohd Yunus) sebagai input dalam merangka tindakan dan langkah seterusnya bagi menangani isu penipuan kewangan digital.

Jelas beliau, pihaknya mengalu-alukan langkah BNM mengumumkan talian Jabatan Siasatan Jenayah (CCID), BNMTELELINK dan Facebook Page Amaran Scam, namun tindakan tersebut masih tidak mencukupi.

“Sehingga hari ini, tidak nampak bank komersil, bank digital dan pengusaha e-wallet tampil ke depan untuk menyahut seruan BNM,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, kebanyakan kes penipuan kewangan tersebut dilakukan sindiket berkemahiran tinggi dan berpengalaman.

Tambahnya, pihak tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja menguasai modus operandi penipuan yang canggih, malah memahami kelompongan undang-undang sedia ada.

Selain daripada kes dilaporkan di media dan disalurkan kepada PDRM, Chean Chung berkata, pihaknya percaya terdapat banyak lagi kes belum diketahui.

“Keyakinan rakyat terhadap institusi kewangan akan terjejas jika tiada tindakan drastik dan pantas diambil,” katanya. - Getaran, 13 Jun 2022

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Idris Jala Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3, Lepaskan Peranan Hos Podcast 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Sentimen Pengundi Melayu Di Negeri Sembilan, Johor Tak Boleh Dibandingkan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad