web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


DAP Ulangi Penegasan Tolak PN, Muhyiddin

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2022 3:03PM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - DAP kekal dengan pendirian bahawa parti itu tidak akan menjalinkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana 'pengkhianat adalah lebih teruk daripada musuh'.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng bagaimanapun tidak menolak kemungkinan terdapat parti tertentu dalam Pakatan Harapan (PH) yang 'sedikit berminat' dengan gabungan bersama mantan Perdana Menteri tersebut, baru-baru ini.

Lim Guan Eng - Gambar oleh Alif Omar
Lim Guan Eng - Gambar oleh Alif Omar

Beliau bagaimanapun enggan menghuraikan lebih lanjut perkara itu.

"Mungkin (ada sokongan dari pihak pembangkang lain). Saya tahu ada parti-parti lain dalam PH sedikit berminat tetapi DAP tidak ada sokong. Dia mungkin hendak kerjasama. Ada ura-ura yang mereka ada minat.

"Tetapi DAP sememangnya kita tegas tidak berminat. Kita tidak akan bekerjasama dengan PN," tegasnya dalam wawancara eksklusif bersama Getaran.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebelum ini mendakwa Muhyiddin telah menghubunginya dua bulan lalu untuk mendapatkan sokongan bagi sekali lagi menyandang jawatan Perdana Menteri.

Presiden Parti Warisan Malaysia (WARISAN) itu berkata, Muhyiddin memaklumkan bahawa beliau mendapat sokongan 119 ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang memiliki 222 kerusi.

Katanya, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu turut mendakwa beliau telah membincangkan perkara berkenaan dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang bersetuju untuk menyokong Muhyiddin.

Diminta menjelaskan lebih lanjut frasa 'pengkhianat adalah lebih teruk daripada musuh' itu, Guan Eng berkata, ia merangkumi langkah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) bersama kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Sekurang-kurangnya itu adalah berdasarkan apa yang ditetapkan (dan) ia masih dijalankan. Kalau dengan pengkhianat, anda tandatangan pun tidak guna," katanya.

Ditanya berhubung tawaran MOU oleh Muhyiddin kepada PH semasa beliau menjadi Perdana Menteri sebelum ini, Guan Eng dengan sinis mempersoalkan kebenaran perkara itu.

"Anda boleh percaya dia akan laksanakan dan akan ikutkah? Itu yang saya lihat," katanya. – Getaran, 13 Jun 2022

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Sentimen Pengundi Melayu Di Negeri Sembilan, Johor Tak Boleh Dibandingkan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Operasi Banteras PATI Diperhebat, 109 Warga Asing Ditahan Di Ampang

oleh Sophia Ahmad