web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ADUN Kukusan, Rinal Jainal Keluar WARISAN, Sertai Harapan Rakyat

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2022 7:45PM

Rina Jainal (dua dari kiri) menyertai Parti Harapan Rakyat Sabah pada sidang media hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Rina Jainal hari ini mengumumkan keluar daripada Parti WARISAN (WARISAN) dan menyertai parti tempatan Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat).

Rina berkata beliau mengambil keputusan itu bagi membolehkannya fokus untuk menjalankan khidmat kepada penduduk di kawasan Tawau khususnya di kawasannya selaras dengan tumpuan perkhidmatan Harapan Rakyat.

"Pilih (langkah ini), saya tidak sangka… saya tertarik dengan parti ini yang asalnya diasaskan arwah Datuk Seri Lajim Ukin. Saya mahu fokus khidmat di kawasan Tawau. Fokus kerja di kawasan saya, tidak perlu pening dengan politik rebut kuasa, saya mahu fikir kerja untuk rakyat,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang media itu Presiden Harapan Rakyat, Tan Sri Liew Yun Fah dan Rina menjadi ADUN pertama Harapan Rakyat sejak parti itu ditubuhkan pada 2016.

Melalui perkembangan baharu itu juga, WARISAN kini mempunyai 18 kerusi di DUN Sabah selepas wakil rakyatnya bagi Bugaya, Datin Manis Muka Mohd Darah meninggal dunia, enam wakil rakyatnya termasuk Rina meninggalkan parti dan selepas dua ADUN DAP menyertai parti berkenaan. WARISAN memperoleh 23 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri ke-16 lepas.

Sementara itu, Liew berkata parti itu menerima Rina kerana melihat perjuangan ADUN berkenaan yang ikhlas untuk memberikan khidmat kepada rakyat terutama di kawasan Tawau.

"Tiada apa-apa diberi (kepada Rina) hanya secawan kopi sahaja ketika berbincang mengenai perkara ini, kita lihat perjuangan kami sama, jadi mari kita sama-sama bekerja… saya minta jangan tabur fitnah kepada Rina… kita sama-sama bantu dia," katanya.

Mengenai hala tuju Harapan Rakyat, beliau berkata pada masa ini semua pihak harus memberikan sokongan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bagi membawa pembangunan kepada negeri itu.

Menurut Liew, parti itu telah menghantar permohonan menyertai GRS baru-baru ini. - Bernama

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Operasi Banteras PATI Diperhebat, 109 Warga Asing Ditahan Di Ampang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad