web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Waktu Dr Mahathir Sudah Berlalu, Tak Berhak Kritik Khemah Besar

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2022 8:00AM

Tun Dr Mahathir Mohamad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi PEJUANG, Tun Dr Mahathir Mohamad  bukan individu yang relevan untuk bercakap mengenai pendekatan ‘khemah besar’ atau merendahkan blok pembangkang, kata Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid.

Beliau ketika dihubungi The Vibes berkata, Dr Mahathir ialah pengkhianat mandat rakyat dan agenda gila kuasa mantan perdana menteri itu adalah faktor kehancuran pentadbiran Pakatan Harapan.

“Sedarlah diri. Kenapa anda masih bercakap mengenai politik? Rakyat sedang berdepan pelbagai isu ekonomi tetapi anda masih bercakap mengenai perkara ini.

“Semua ini (kemelut politik) disebabkan beliau. Beliau meletak jawatan dan mengkhianati perjanjian bersama PH dan menggesa semua parti berasaskan Melayu mewujudkan gabungan untuk menjadi perdana menteri dan (kemudian) berhenti. Anda gila kuasa dan selepas itu mahu masuk semula.

“Beliau ingat rakyat mahu menyokong dirinya tetapi mereka tidak. Kerana inilah Langkah Sheraton berlaku.

“Jadi, bagaimana boleh beliau mengulas mengenai strategi khemah besar dengan berkata tidak kepada orang ini, orang itu? Beliau tidak layak menetapkan sebarang syarat.”

Dalam satu wawancara bersama Utusan Malaysia Jumaat lalu, Dr Mahathir berkata beliau hanya akan terlibat dalam pendekatan ‘khemah besar’ bersama blok pembangkang dan parti lain jika ia tidak diketuai Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Walaupun Dr Mahathir melahirkan keinginan untuk sekali lagi bekerjasama dengan blok pembangkang, Abdullah Sani mempersoalkan keberkesanan bekas perdana menteri itu dalam politik ketika ini.

“Apa peranan beliau sekarang? Hanya untuk menimbulkan kekecohan? Anda sudah diberi peluang dua kali (untuk bergelar perdana menteri). Cukuplah. Apa lagi yang anda mahu?

“Ketua Pembangkang sekarang ialah Anwar Ibrahim, jadi biarkan dia menjadi ketua,” katanya sambil menambah, PEJUANG hanya memiliki empat kerusi Parlimen.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam satu wawancara berkata, semua pemegang taruh yang relevan perlu mengenepikan agenda politik peribadi untuk menggembleng tenaga menghalang kemaraan Barisan Nasional (BN), jika mahu strategi khemah besar berjaya.

Dr Mahathir patut mengenepikan politik peribadi beliau dan bertolak ansur demi negara.

“Penolakan Dr Mahathir ke atas PKR tidak seserius penolakan PKR terhadap beliau. PKR juga memiliki isu bersama MUDA dan WARISAN.

“Dalam hal ini, ia kelihatan seperti lima kali dua, dua kali lima. Kita semua perlu jadikan kepentingan negara sebagai keutamaan dan tolak tepi sentimen peribadi bagi memastikan BN tidak kembali berkuasa,” katanya.

Khalid yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH setuju bahawa adalah tidak praktikal untuk Dr Mahathir dan Anwar saling bekerjasama.

Bagaimanapun beliau berkata, PH tidak akan sesekali bekerjasama dengan Muhyiddin dan pasukannya susulan Langkah Sheraton 2020.

“Mudah sahaja, mereka telah mengkhianati mandat rakyat,” tegasnya.

Sementara itu, mantan Ahli Parlimeh Batu, Tian Chua berkata, pendekatan khemah besar memerlukan kerjasama semua parti untuk mengenepikan sentimen peribadi masing-masing.

“Untuk ia berjaya, anda perlu menolak agenda peribadi. Tidak akan ada khemah besar jika Dr Mahathir menolak Anwar, menolak Muhyiddin dan kemudian Anwar pula menolak Muhyiddin, dan orang lain berkata tidak kepada DAP dan selepas itu orang lain pula berkata tidak kepada parti ini.

“Bagaimana anda mahu memiliki khemah besar jika semua orang ada halangan? Mari ketepikan semua ini jika anda benar-benar ikhlas. Semua perlu komited terhadap satu gabungan.

“Sejujurnya saya harap Dr Mahathir memahami semua ini. Sama ada Anwar atau Muhyiddin, ia akan diputuskan oleh semua Ahli Parlimen. Beliau tidak boleh menetapkan perkara ini,” katanya. - The Vibes, 5 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Keadaan Memuaskan, Tun M Dibenar Pulang Untuk ‘Home Leave’

2

4 bulan yang lalu

Tun M Dibawa ‘Outing’, Minuman Ais Coklat Jadi Pilihan

3

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Dan Isteri Doa Kesembuhan Segera Buat Tun Mahathir

4

Politik 1 tahun yang lalu

‘3 Bekas Menteri Itu Bohong, Saya Malu Lantik Mereka’ - Tun M

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 18 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95