Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerajaan ‘Tolong Bangun’ Atau Malaysia Akan Jadi Sri Lanka 2.0? - Penganalisis

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2022 8:32PM

Pandemik COVID-19 telah memberikan kesan yang besar kepada ekonomi negara dengan ramai yang kehilangan pekerjaan. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa melaksanakan dasar jelas dan tegas yang menumpukan terhadap permasalahan keperluan asas kehidupan rakyat, berbanding ‘membuai’ mereka dengan data pertumbuhan ekonomi yang tidak meredakan keresahan.

Penganalisis Politik, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berpandangan, masih belum wujud dasar kukuh daripada kerajaan dalam soal menyelesaikan krisis makanan, pekerjaan, nilai ringgit yang merudum dan kenaikan kos sara hidup.

“Merenung jauh, saya bimbang kita menjadi Sri Lanka 2.0. Saya tidak dapat membayangkan jika negara diambang muflis, kadar inflasi mencecah paras tertinggi dan krisis makanan semakin memburuk. Semoganya ini tidak berlaku di Malaysia. 

Menurut beliau, apa dilihat ketika ini hanyalah ‘cebisan’ kenyataan daripada pemimpin dan lebih membimbangkan, ia tidak konsisten antara satu sama lain.

“Saya tidak nampak kita di landasan betul. Hendak betul macam mana jika pemimpin sibuk berpolitik, sibuk dengan tarikh pilihan raya dan saling menyalahkan pihak lain. Kadang-kadang saya rasa seperti diperbudakkan, jika pun tidak diperbodohkan oleh kenyataan pemimpin.

“Misalnya, hendak menyelesaikan masalah harga ayam dan masalah rungutan rakyat yang lain, saya lihat kenyataan dan cadangan pemimpin seperti jenaka sahaja. Malangnya lawak mereka tidak nakal, tetapi menyakitkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya hari ini.

Dr Mohammad Agus Yusoff
Dr Mohammad Agus Yusoff

Lebih menghairankan, Mohammad Agus berkata, harga barangan dijangka meningkat sehingga 60 peratus dalam keadaan Bank Negara (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada dua peratus, sehingga penyusutan nilai ringgit mencecah RM4.38 berbanding AS dolar, membabitkan pengaliran keluar pelabur asing.

“Banyak lagi rungutan lain rakyat, kerajaan boleh memberitahu kita bahawa pertumbuhan ekonomi negara meningkat kukuh dan mampan. Dari mana kukuh dan mampannya itu? Ini yang saya tidak nampak,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berpendapat, kerajaan ketika ini sedang hilang arah dan beberapa menteri yang memegang portfolio strategik, tidak kompeten sehingga menyebabkan rakyat semakin tertekan serta negara menghadapi masalah bertali arus.

“Kerajaan, please ‘wake-up’ (tolong bangun) dan keluarkan satu kenyataan polisi yang tegas dan jelas. Tumpu dahulu kepada dasar untuk selesaikan masalah asas kehidupan rakyat, bukannya membuai rakyat dengan data pertumbuhan ekonomi tidak meredakan keresahan mereka. Jujurlah dengan rakyat. 

“Merenung jauh, saya bimbang kita menjadi Sri Lanka 2.0. Saya tidak dapat membayangkan jika negara diambang muflis, kadar inflasi mencecah paras tertinggi dan krisis makanan semakin memburuk. Semoganya ini tidak berlaku di Malaysia,” katanya. 

Terdahulu, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mengulas mengenai status Sri Lanka yang bakal diisytiharkan bankrap oleh badan penarafan dunia selepas negara tersebut gagal membuat bayaran kupon ke atas dua bon, malah kehabisan wang untuk membeli bahan bakar.

Beliau menerusi blog rasminya baru-baru ini, mempersoalkan sekiranya Malaysia sedang mengikut jejak langkah Sri Lanka, yang suatu masa dahulu dikenali sebagai permata Asia Selatan, tetapi kini berdepan krisis bankrap?

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu membangkitkan perkara tersebut berdasarkan perkembangan ekonomi negara dan jangkaan terhadap keluaran dalam negara kasar (KDNK) ketika ini.

Pada masa sama, Kit Siang juga menyatakan kebimbangannya sama ada Malaysia akan menjadi sebuah negara gagal, seperti didepani Sri Lanka.

“Kita belum menjadi sebuah negara gagal, tetapi adakah kita sedang berada dalam trajektori menjadi sebuah negara gagal dalam tiga atau empat dekad akan datang?

“Bolehkah kita belajar daripada kesilapan negara lain yang gagal untuk mencapai impian kehebatan mereka, seperti Sri Lanka dan Filipina?,” soal Kit Siang - Getaran, 3 Januari 2022.

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hafizul Hawari Hadapi 7 Pertuduhan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Helikopter : Laporan Awal, Penuh Diserah Dalam Tempoh 14, 30 Hari Bekerja 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Selangor Beri Perkenan Pembatalan Sambutan Ulang Tahun TLDM Jumaat Ini

oleh Fida Ruzki

Luar Negara 1 hari yang lalu

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara