web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mungkinkah Ismail Sabri Akan Jadi Perdana Menteri Malaysia Paling Singkat?

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2022 5:39PM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mungkinkah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menjadi Perdana Menteri paling singkat di Malaysia jika pilihan raya umum (PRU) diadakan pada tahun ini?

Wujud rungutan dalam kalangan pemimpin tertinggi UMNO yang bimbang parti itu dan BN khasnya, bakal menuju ‘kehancuran’ kerana menggesa PRU diadakan segera.

Menurut seorang pemimpin kanan UMNO, ramai pemimpin parti itu merasakan Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera, tersepit kerana beliau didesak beberapa individu dalam parti supaya mengadakan PRU ke-15 (PRU-15) secepat mungkin.

Pemimpin kanan itu yang enggan dikenali berkata, Perdana Menteri berdepan tekanan tersebut, di saat ekonomi negara semakin lemah, inflasi, peningkatan kos sara hidup, kejatuhan nilai ringgit dan pelbagai masalah sosio-ekonomi lain dengan diburukkan krisis kesihatan, COVID-19.

“Mengapa kita tergesa-gesa dalam mengadakan pilihan raya sedangkan kita tidak menyelesaikan masalah dalaman kita sendiri, lebih-lebih lagi masalah dihadapi rakyat?

“Adakah anda fikir rakyat tidak akan menghukum UMNO dan BN, jika kita mendesak pilihan raya sekarang?,” kata pemimpin lelaki itu ketika menjawab persoalan diajukan The Vibes.

Beliau berkata, mereka yang menekan Ismail Sabri hanya memikirkan diri sendiri, bukan rakyat mahupun parti.

“Sekiranya Datuk Seri Ismail Sabri reda dengan tekanan dan menggesa pilihan raya, ada kemungkinan besar keputusan itu berakhir dengan pentadbirannya yang paling singkat dalam sejarah Malaysia dan beliau perlu hidup dengan hakikat berkenaan.

“Ingatlah, orang yang menekan beliau (Ismail Sabri) sudah berada dalam kerajaan, jadi mereka juga tahu bahawa semua petunjuk ekonomi menunjukkan ia memerlukan masa dan ruang untuk stabil.

“Jadi jangan beritahu rakyat bahawa pertaruhan untuk mengadakan PRU-15 amat tinggi, namun anda meminta gabungan ini melakukan kesilapan yang mungkin terjadi,” katanya.

Pendedahan itu dibuat pemimpin UMNO terbabit selepas Konvensyen BN pada Rabu yang diadakan bagi meraikan ulang tahun ke-48 parti berkenaan.

Semasa konvensyen itu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama pemegang jawatan berkenaan sebelum ini, Datuk Seri Najib Razak, mendesak pilihan raya untuk diadakan awal.

Ahmad Zahid dan Najib melahirkan kegembiraan ekoran kemenangan besar gabungan itu pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor, baru-baru ini.

Bagaimanapun, kedua-duanya turut mengingatkan ahli parti supaya tidak leka dan bekerja keras kerana PRU boleh diadakan pada bila-bila masa.

Mengulas lanjut, pemimpin kanan berkenaan berkata, walaupun BN memenangi 43 peratus dan 38 peratus undi popular, masing-masing pada PRN Johor dan PRN Melaka, angka itu tidak mencerminkan sokongan sebenar kepada gabungan terbabit.

Apabila didesak sama ada terdapat pemimpin kanan UMNO lain yang berkongsi sentimen sama, beliau hanya menyatakan bahawa ia adalah hak mereka.

“Saya bukan lantang seperti (Datuk Seri Mohamed) Nazri (Abdul) Aziz. Dia lebih suka berterus terang. Itu dia, bukan saya,” kata sumber itu secara berseloroh.

Ketika dihubungi, Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas menempelak kenyataan pemimpin kanan UMNO terbabit.

“Menyeru pilihan raya di tengah-tengah peningkatan inflasi, kenaikan kos barangan…dan ia hanya logik fikiran. Rakyat dalam kesusahan; itu adalah membunuh diri.

“Kerana apabila anda berada dalam kerajaan sekarang, rakyat mengharapkan anda untuk mencari penyelesaian dan meringankan masalah mereka.

“Namun atas sebab politik, anda mendakwa anda mendapat sokongan rakyat kerana PRN Johor dan Melaka serta pelbagai pilihan raya kecil lain, dan kerana itu, anda mahu mengadakan pilihan raya umum.

“Saya fikir itu tidak masuk akal,” katanya.

Nazri juga menyatakan bahawa tiada tekanan datang daripada blok pembangkang yang menggesa Perdana Menteri berundur.

Ketika ditanya mengapa lebih ramai pemimpin UMNO dan BN tidak bersuara menentang pilihan raya awal, Nazri menyatakan bahawa ramai daripada mereka mempunyai kepentingan, tanpa mengulas lanjut.

Untuk makluman, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkhidmat selama 17 bulan sebagai Perdana Menteri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN).

Tun Dr Mahathir Mohamad memegang tampuk orang nombor satu kerajaan selama 22 bulan di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) semasa menjadi Perdana Menteri untuk kali kedua.

Beliau sebelum ini pernah memimpin negara selama 22 tahun di bawah BN.

The Vibes sebelum ini melaporkan bahawa Tun Abdul Razak Hussein berkhidmat selama empat bulan sebagai Perdana Menteri pada 1959 apabila pendahulunya, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj meletak jawatan, sebelum beliau menyandang jawatan itu semula.

Abdul Razak kemudian memimpin negara dari 1970 hingga kematiannya pada 1976. – The Vibes, 3 Jun 2022

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Sanusi Dakwa Kenyataan Diputar Belit, Bakal Buat Laporan Polis 

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

‘Sanusi, Jangan Campur Tangan Kempen Di Negeri Sembilan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Sentimen Pengundi Melayu Di Negeri Sembilan, Johor Tak Boleh Dibandingkan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad